Penduduk bandar hidup tak tenteram diganggu bunyi berdengung misteri tanpa henti

Photo of author

By Syima Iza

Penduduk bandar hidup tak tenteram diganggu bunyi berdengung misteri tanpa henti.

Penduduk sebuah bandar di Britain hidup dalam keadaan tidak tenteram akibat diganggu oleh bunyi berdengung misteri tanpa henti, lapor akhbar Daily Star semalam.

Bunyi aneh itu membelenggu penduduk bandar Immingham, North East Lincolnshire di England sejak beberapa tahun lalu.

Penduduk bandar hidup tak tenteram diganggu bunyi berdengung misteri tanpa henti

Penduduk yang boleh mendengar bunyi itu di dalam rumah mereka menyifatkannya sebagai satu bentuk penyiksaan sehingga ada yang terjaga pada waktu malam.

Seorang penduduk, Chloe Eccles mahu meninggalkan bandar itu selepas enam tahun tinggal di sana disebabkan bunyi tersebut.

“Setelah beberapa tahun, saya terus mendengarnya dan saya pikir saya gila tetapi orang lain juga boleh mendengarnya.

“Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, bunyi itu menjadi sangat kuat dan berterusan,” katanya.

Majlis North East Lincolnshire sudah berusaha mencari punca bunyi tersebut namun gagal mengesannya.

Mereka bimbang ia kekal misteri selama-lamanya.

Baca Juga:
“Perosak makanan tempatan”- Netizen berang peniaga buat jual sate ‘cheese’ leleh
Dari mana ia datang? Gempar buaya besar ditemui berehat di kawasan sawah padi
Lelaki dari Kelantan dedah kena tolak dengan bakal mentua, rupanya sebab ini