Pendaki Malaysia yang pernah menakluk gunung Everest, maut di gunung Denali

Pendaki Malaysia yang pernah menakluk gunung Everest, maut di gunung Denali

Seorang pendaki rakyat Malaysia maut, manakala seorang lagi diselamatkan pasukan penyelamat di Gunung Denali, Alaska, Amerika Syarikat malam tadi.

Mangsa yang selamat berjaya dikeluarkan dengan helikopter kira-kira jam 7:00 pagi waktu tempatan (11:00 malam waktu Malaysia) selepas terkandas berhampiran puncak gunung itu sejak 28 Mei.

Pihak Taman Negara Denali dalam kenyataan medianya memaklumkan mangsa dipindahkan dari lokasi dia dilaporkan terkandas pada ketinggian 5,974 meter, berhampiran puncak gunung tertinggi benua Amerika Utara itu.

Pendaki Malaysia yang pernah menakluk gunung Everest, maut di gunung Denali

Menurut pendaki yang diselamatkan, rakannya telah meninggal dunia di gua salji tempat mereka berlindung kira-kira dua hari lalu.

Menurut kenyataan itu, identiti pendaki yang meninggal dunia hanya akan dikeluarkan setelah pihak keluarga mangsa dimaklumkan perkara itu.

Pihak renjer Denali kini merancang usaha mengeluarkan mayat mangsa dalam tempoh terdekat.

Mengulas operasi menyelamat itu, pasukan penyelamat berdepan kesukaran susulan keadaan awan tebal dan angin kencang di atas gunung.

Katanya, pada jam 10:30 malam Khamis waktu tempatan (2:30 pagi Jumaat, waktu Malaysia) juruterbang helikopter altitud tinggi taman negara itu dapat menjatuhkan beg kecemasan bencana berhampiran gua salji dua pendaki terbabit.

Juruterbang kemudiannya mengesan seorang pendaki melambai ke arahnya, namun keadaan angin masih terlalu kuat untuk melakukan pemindahan mangsa dengan selamat.

Setelah keadaan cuaca bertambah baik, juruterbang helikopter dan seorang renjer kembali untuk penerbangan peninjauan pada jam 6:00 pagi Jumaat waktu tempatan.

Pasukan penyelamat kemudian berjaya menurunkan bakul penyelamat dengan menggunakan tali dan membawa keluar mangsa ke Kem Induk Kahiltna di kaki gunung berkenaan.

Mangsa kemudiannya dipindahkan ke Lapangan Terbang Talkeetna sebelum diterbangkan dengan ambulans udara ke hospital.

Dalam kejadian petang 28 Mei, tiga pendaki rakyat Malaysia, Muhammad Illaham Ishak, 47, Zainudin Lot, 47 dan Zulkifly Yusof 37, menghantar isyarat kecemasan setelah seorang daripada mereka dilaporkan cedera di kaki dan terkandas di kawasan dikenali sebagai “Football Field” kira-kira 200 meter dari puncak Denali.

Presiden Kelab Jelajah Alpine Malaysia, Muhammad Illaham diselamatkan setelah dia turun ke kem 5 untuk meminta bantuan, dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan akibat kecederaan reput fros.

Tiga pendaki berpengalaman itu termasuk Muhammad Illaham dan Zainudin adalah pendaki negara yang berjaya menakluk gunung Everest pada 2013 yang menyertai pendakian ke Denali sejak 12 Mei bagi melengkapkan cabaran tujuh puncak tertinggi di tujuh benua.

Baca Juga:
Rumah berhantu beri petunjuk nombor ramalan diserbu penduduk kampung
Makhluk asing guna ‘alat menyamar’ elak dikesan manusia di Las Vegas
Wanita tinggalkan anak perempuan di lebuh raya kerana gagal dalam peperiksaan
CATEGORIES