Pendaki Malaysia berasal dari Selangor pula meninggal dunia di pergunungan Nepal

Pendaki Malaysia berasal dari Selangor pula meninggal dunia di pergunungan Nepal

Pendaki Malaysia berasal dari Selangor pula meninggal dunia di pergunungan Nepal.

Seorang lagi pendaki Malaysia dilaporkan meninggal dunia di kawasan pergunungan di Nepal.

Jurucakap Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia (Malawakil) di Nepal ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima maklumat kematian seorang lagi rakyat Malaysia di Bamboo, Kaski, Nepal pada jam 4 petang waktu tempatan semalam.

Menurutnya, pendaki wanita yang meninggal dunia itu ialah Tew Loo Sin, 51, berasal dari Selangor dan punca kematian masih belum dapat dipastikan.

Pendaki Malaysia berasal dari Selangor pula meninggal dunia di pergunungan Nepal

Katanya, mendiang bersama beberapa lagi ahli kumpulan dilaporkan datang ke Kathmandu pada 1 Oktober lalu bagi menyertai aktiviti pendakian.

“Pada 3 Oktober lalu mendiang dan ahli kumpulan memulakan pendakian di Bamboo, Kaski, Pokhara dan semalam Malawakil menerima berita kematian itu,” katanya.

Jurucakap Mawakil turut memaklumkan, ketika kejadian rakan-rakan ada bersama mendiang dan ketika ini mayat sudah dihantar ke Hospital Gandaki, Pokhara untuk urusan bedah siasat.

Menurutnya, waris mendiang juga sudah menghubungi Malawakil untuk mendapatkan bantuan bagi penyediaan dokumentasi yang diperlukan untuk pengurusan mayat.

Katanya, waris turut memaklumkan pengurusan mayat seperti pembakaran akan dilakukan di Pokhara dan selepas itu abu mayat akan dibawa pulang ke tanah air.

“Malawakil juga sudah mengeluarkan surat permohonan untuk melaksanakan bedah siasat dan pembakaran mayat kepada pihak berkuasa di negara itu,” katanya.

Menurut sumber, Loo Sin yang juga peminat aktiviti mendaki menyertai program itu bersama 10 rakan.

Dia dilaporkan mengalami sesak nafas pada malam Sabtu lalu di Kem Pangkalan Annapurna (ABC) (4,130 meter (m) dari aras laut) ke Kem Pangkalan Machapuchare (MBC), (3,600 m dari aras laut) namun meninggal dunia jam 2 pagi Ahad.

Baca lagi:
Masak laksa ada rambut bergumpal-gumpal, usahawan dan isteri dakwa perbuatan sihir dari orang hasad dengki
“Besar sangat penumbuk tu ya” – Tular wanita cop parking dalam pusat beli belah angkat penumbuk
Tidak perlu minta kebenaran isteri pertama jika nikah di Perlis
CATEGORIES