Pencuri seluar dalam masuk perangkap

Photo of author

By Syima Iza

Penduduk di bandar Lopburi, Thailand akhirnya menarik nafas lega selepas seekor monyet yang suka mencuri akhirnya ditangkap, lapor akhbar Thaiger semalam.

Kehadiran monyet itu bukan sahaja menyusahkan mereka, malah mengganggu perniagaan di kawasan sekitarnya.

Menurut seorang peniaga bernama Ai Waeng, monyet tersebut berulang kali mencuri barangan di kedainya.

Pencuri seluar dalam masuk perangkap

Lebih aneh, ia gemar mencuri seluar dalam dan memakainya.

Ai Waeng cuba memasang jeriji, namun usahanya gagal. Dia kemudian menawarkan sejumlah wang tunai kepada sesiapa yang dapat menangkap haiwan itu.

“Kami tidak dapat menjalankan perniagaan dengan aman. Setiap kali kami menoleh, ada sesuatu hilang,” kata Ai Waeng.

“Ia membuatkan kami marah,” tambahnya.

Monyet itu berjaya ditangkap selepas pegawai-pegawai daripada Jabatan Taman Negara, Pemuliharaan Hidupan Liar dan Tumbuhan memasang perangkap di kawasan berkenaan.

Baca Juga:
Remaja 16 tahun pilih berumah tangga dengan isteri berusia 18 tahun untuk halalkan hubungan
Anggota Kumpulan Rabbani, Nazrul meninggal dunia ketika tidur
Dr Akmal minta penjelasan KTMB, saran buat parti liar di bilik CEO pula