Penari gelek di atas pelamin buat tetamu terkejut, geleng kepala

Photo of author

By Syima Iza

Penari gelek di atas pelamin buat tetamu terkejut, geleng kepala.

Para tetamu di sebuah majlis perkahwinan hanya mampu menggelengkan kepala selepas dikejutkan dengan persembahan beberapa penari gelek di atas pelamin.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Lini Shuhada memuat naik tangkap layar yang memaparkan penari-penari gelek tersebut sedang membuat persembahan.

Penari gelek di atas pelamin buat tetamu terkejut, geleng kepala

Kejadian ini turut membuat para isteri di majlis tersebut merasa tidak selesa. Lini Shuhada juga menyatakan di dalam video tersebut bahawa selepas insiden ini, dia tidak akan membenarkan pasangannya menghadiri majlis perkahwinan seorang diri lagi.

Selain itu, Lini Shuhada menulis di ruangan kapsyen bahawa dia berpendapat persembahan seperti itu tidak sesuai untuk ditampilkan dalam majlis perkahwinan Melayu.
@linishuhada belly dancing at a malay wedding. 🤯 unique? yes. appropriate? not so sure. #contentonly #foryourentertainment #hanyahiburansemata #majliskahwin ♬ original sound – linishuhada

Video yang dimuat naik oleh Lini Shuhada turut menarik perhatian ramai pengguna media sosial, dan rakaman penuh majlis berkenaan akhirnya berjaya ditemui serta dimuat naik semula di platform X (dahulunya Twitter).

Dalam video penuh tersebut, kelihatan penari-penari gelek sedang menari di hadapan pelamin dan disaksikan oleh para tetamu. Reaksi tetamu wanita, terutamanya yang lebih berusia, kelihatan kurang senang dengan persembahan tersebut.

Ada yang menggelengkan kepala dan bahkan seorang wanita dilihat menutup mata seorang kanak-kanak bagi mengelakkannya daripada menonton tarian tersebut. Malah, ada juga isteri yang mengarahkan suami mereka berhenti melihat penari-penari itu.

Bagaimanapun, reaksi tetamu lelaki berbeza apabila rata-ratanya mengambil video persembahan tersebut dan ada yang turut serta menari bersama penari gelek.

Susulan kejadian itu, tinjauan mendapati individu yang memuat naik video asal di TikTok telah memadam rakaman tersebut dari akaunnya.

Baca Juga:
“Suara Macam Zizang”, Mat saleh dedah kenapa pilih Terengganu sebagai ‘Rumah’ buat ramai terhibur
Wanita berhiqab serang pelanggan guna buluh selepas berang ditegur parkir ‘double park’
Anak Ashaari Muhammad dakwa dirogol, dipaksa jadi isteri nombor empat pemimpin GISB