Penampilan terkini Mamat Exist santai nyanyi lagu hits ‘Untuk Mu Ibu’ di warung buat ramai peminat terkejut

Photo of author

By Syima Iza

Penampilan terkini Mamat Exist santai nyanyi lagu hits ‘Untuk Mu Ibu’ di warung buat ramai peminat terkejut.

Penampilan terkini vokalis popular, Mamat yang kelihatan lebih cengkung dan kurus undang perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.

Melalui satu hantaran di TikTok milik @warungsiputsedut, pemilik sebenar nama Mohd. Ali Kamarudin, 45 santai menyampaikan lagu hitnya ‘UntukMu Ibu’ atas permintaan peminatnya yang ditemui di sebuah kedai makan.

Penampilan terkini Mamat Exist santai nyanyi lagu hits 'Untuk Mu Ibu' di warung buat ramai peminat terkejut

Namun begitu, rata-rata orang ramai di ruangan komen terkejut dengan perubahan fizikalnya yang semakin kurus selain mata yang ‘berkilat’.

“Laa, Mamat Exist ke? Ingatkan siapa tadi. Lain sangat mukanya,” kata Beta Musyifa.

“Mamat ke, suara macam tak sama je,” tanya Murni.

“Semua orang ada buat salah, kita bukan malaikat. Terima kasih Mamat Exist sebab lagu inilah yang buatkan aku selalu teringat akan arwah ibuku,” komen Arzlee.

@warungsiputsedutuntuk castamer warung siput sedut jb tampoi

♬ Untukmu Ibu – Alqibni

Sementara itu, ada juga peminat-peminat yang menitipkan doa buat pelantun lagu Rahsia Pohon Cemara itu.

“Lamanya tak tengok Mamat, minat sangat dengan lagu ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan Mamat. Amin,” doa Mariana.

“Semoga mamat kembali pulih seperti sedia kala, amin,” kata Khairul.

Setakat ini hantaran tersebut meraih 16,400 tanda suka, 2882 perkongsian dan 833,200 tontonan.

Baca Lagi:
Tambang percuma myBAS buat OKU, warga emas dan pelajar sekolah bermula 15 Ogos
Lelaki bunuh isteri, buang mayat dalam hutan kerana cemburu
Ramai yang tak tahu Kelantan pernah jadi pusat pelacuran terbesar, digelar sebagai ‘Paris of Malaya’