Pemuda raih RM1,000 sehari jual baju jenama tiruan secara ‘live’ di TikTok terbongkar

Photo of author

By Syima Iza

Pemuda raih RM1,000 sehari jual baju jenama tiruan secara ‘live’ di TikTok terbongkar.

Seorang pemuda meraih RM1,000 sehari hasil berniaga baju jenama tiruan di media sosial selama enam bulan sebelum kegiatannya dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Penguatkuasa (KPDN) Pulau Pinang, A Mogan, berkata serbuan pada jam 3 petang itu mendapati lelaki berusia 27 tahun terbabit menjadikan satu rumah flat Projek Perumahan Awam (PPR), di Air Itam di sini, hari ini sebagai tempat simpanan stok pakaian jualannya dengan bayaran sewa RM500 sebulan.

Pemuda raih RM1,000 sehari jual baju jenama tiruan secara ‘live' di TikTok terbongkar

Menurutnya, pemeriksaan ke atas premis berkenaan menemukan pakaian menggunakan cap dagangan berdaftar pelbagai jenama ternama disyaki palsu yang memenuhi segenap ruangan flat yang terletak di aras paling bawah sehingga hampir mencecah siling premis terbabit.

“Jumlahnya terlalu banyak dan belum habis dikira tetapi pihak kami sudah menyita 5,050 helai pakaian menggunakan cap dagangan jenama berkenaan untuk siasatan lanjut yang dianggar bernilai RM40,400.

“Serbuan itu dijalankan selepas pihak kami menerima aduan daripada pemilik wakil cap dagang dengan modus operandi kes ialah lelaki terbabit menjalankan aktiviti jualan melalui siaran langsung menggunakan aplikasi media sosoal,” katanya kepada pemberita.

Mogan berkata, berdasarkan siasatan awal, lelaki itu mendakwa dia telah menyimpan stok pakaian tersebut yang diperoleh daripada pembekal dari Kuala Lumpur sejak 2020 namun dia hanya mula menjual barangan tersebut termsuk secara langsung menerusi platform TikTok sekitar pertengahan tahun lalu.

Baca Juga:
Terbabas dalam longkang besar, wanita berpaut pada Myvi diselamatkan dua lelaki
Pengunjung risau tengok harimau putih di Zoo Melaka, gelisah macam ada sesuatu, ini respon MPHTJ
Pelajar 15 tahun pukul rakan bertalu-talu dengan topi keledar selepas ajakan ponteng ditolak