Pemuda miskin sempat jadi jutawan hanya 3 jam, bank tersalah masuk RM780 juta dalam akaun bank

Photo of author

By Syima Iza

Pemuda miskin sempat jadi jutawan hanya 3 jam, bank tersalah masuk RM780 juta dalam akaun bank. Inilah ‘durian runtuh’ yang diterima oleh lelaki ini dikenali sebagai Liu sebaik sahaja memohon kad kredit baharu di sebuah bank pertanian di Changsha, Hunan, pada jam 3 petang, Ahad lalu.

Ketika dalam perjalanan pulang dari bank tersebut, Liu menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dari pihak bank menyatakan wang sebanyak 1,212,405,360 Yuan (RM780 juta) telah secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam akaun simpanannya.

Kira-kira 6 petang, Liu kembali semula ke kaunter bank dan kemunculannya memang melegakan pegawai bank kerana ia berpunca daripada kesilapan kakitangan bank sendiri.
Pemuda miskin sempat jadi jutawan hanya 3 jam, bank tersalah masuk RM780 juta dalam akaun bank
Gambar hiasan
Rupa-rupanya 1212405360 adalah nombor akaun bank Liu tetapi atas kecuaian kakitangan bank, nombor itu telah dikreditkan ke dalam akaun simpanannya sehingga menjadi 1,212,405,360 Yuan.

Liu mengakui walaupun hanya tiga jam, tetapi tempoh tersebut sukar dilupakannya kerana inilah kali pertama dia menjadi ‘jutawan’ sepanjang hayatnya.

Atas kerjasama yang diberikan, Liu diberikan ‘ang pau’ sebanyak 200 Yuan (RM130) sebagai sagu hati oleh pihak bank.

Difahamkan, kakitangan bank yang menguruskan transaksi tersebut adalah kakitangan baharu yang masih belum mahir mengendalikan kerja yang diberikan kepadanya.

Baca Lagi:
Tiada tauliah mengajar agama Islam punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatalkan
Mak mertua tuduh bagi suami nasi ‘kangkang’ sebab tak belikan dia emas, siap post kat media sosial
Wanita terkejut bekas suami longgok duit 1 sen berjumlah RM20,544 di depan rumah