Pemuda maut dipatuk ular tedung semasa persembahan

Photo of author

By Syima Iza

Pemuda maut dipatuk ular tedung semasa persembahan

Seorang penjinak ular bernama Abdul Munir mati dipatuk ular tedung pada hidungnya di wilayah Jawa Tengah dalam kejadian pada Selasa lalu, lapor portal berita TribunJateng.com.

Ketika kejadian, lelaki berusia 20 tahun itu sedang menunjukkan kemahirannya di kawasan Sendang Coyo, Desa Mlowokarangtalun, Pulokulon, Grobogan di hadapan sejumlah penonton.

Pemuda maut dipatuk ular tedung semasa persembahan

Bagaimanapun, ular tedung itu tiba-tiba menggigit hidung pemuda tersebut ketika dia sedang melakukan pertunjukkan.

Tidak lama kemudian, persembahan itu pun tamat.

Namun, penjinak ular itu berjalan dalam keadaan terhuyung hayang sebelum dia pengsan.

“Korban (Abdul Munir) lantas dikejarkan ke klinik terdekat,” kata pegawai polis Grobogan, Ipda Teddy Hernomo.

Penjinak ular itu kemudian meninggal dunia di klinik itu.

Baca Lagi:
Pernah tidur sebantal dengan hantu raya, lelaki ini sempat rakam ‘sesuatu’ main kereta mainan depan rumah tengah malam
Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ ditahan bersama wang tunai RM38 juta, emas seberat 200 kilogram bernilai RM60 juta
Tak tahan dengan kontroversi, bapa umum Jocelyn Chia dibuang keluarga, tak mengaku sebagai anak sehingga mati