Pemuda kayuh basikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu Ronaldo

Photo of author

By Syima Iza

Pemuda kayuh basikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu Ronaldo.

Seorang pemuda di China berbasikal selama tujuh bulan dari China ke Arab Saudi untuk bertemu idolanya, bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, lapor portal berita South China Morning Post.

Lelaki berusia 24 tahun bernama Gong itu berasal dari wilayah Anhui di timur China. Dia memulakan perjalanan dari rumahnya pada 18 Mac lalu.

Pemuda kayuh basikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu Ronaldo

Gong pergi ke utara ke Beijing sebelum mengayuh jauh ke arah barat. Dia kemudian memasuki Kazakhstan dari Xinjiang dan melewati enam negara lain termasuk Georgia, Iran, dan Qatar, sebelum tiba di ibu kota Arab Saudi, Riyadh, untuk menemui Ronaldo.
Perjalanan sejauh 13,000 kilometer itu akhirnya membawa Gong ke kelab bola sepak Al Nassr di Riyadh pada 20 Oktober lalu.

Pemuda kayuh basikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu Ronaldo

Gong membawa dua ‘power bank’, sebuah khemah, peralatan memasak, pakaian, dan beberapa barang keperluan hidup semasa melakukan perjalanan sukar itu.

Pada Ogos lalu, dia mengalami demam panas di Armenia dan rebah di tepi jalan. Dia dihantar ke hospital dan dirawat secara percuma.

Apabila tiba di Arab Saudi pada 10 Oktober lalu, Ronaldo berada di Eropah untuk satu perlawanan, tetapi kakitangan di Al Nassr kemudian berjanji untuk mengatur pertemuan peminat itu selama satu minit dengan idolanya.

Baca Lagi:
“Aku terkejut bila tahu perangai sebenar ibu yang selalu bertudung labuh dan berpuluh kali khatam mengaji”
Isteri hamil cekup suami berdua-duan dengan guru di rumah tumpangan
Chef Wan kekal bayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas menantu