Pemuda kacak tawar diri nak jadi suami Puteri Sarah. Tindakan seorang pemuda kononnya menawarkan diri untuk berkahwin dengan pelakon, Puteri Sarah Liyana mengundang perhatian warganet di aplikasi TikTok.
Ia susulan pelakon tersebut nekad bagi menuntut penceraian daripada suaminya, Syamsul Yusof selepas pengarah sensasi itu selamat menikahi seorang wanita bernama Ira Kazar.
Menerusi satu perkongsian video, pemuda dikenali sebagai Arif Izo itu memuat naik sekeping gambar Syamsul dengan permulaan kapsyen “Salam Sol”.
Rakaman tersebut kemudian memperlihatkan dua keping gambarnya yang penuh bergaya sebelum meletakkan foto Puteri Sarah pula pada penghujung video.
Boleh ke?
@arifizoBoleh ke? 😬♬ original sound – Arif Izo
“Kenalkan bakal suami Puteri Sarah, aku akan pastikan dia bahagia. Takkan nak biarkan bidadari secantik ni sedih,” tulisnya baru-baru ini.
Meskipun sekadar gurauan semata-mata, orang ramai dilihat menyokong kenyataan pemuda berkenaan dengan menyifatkan dia dan Puteri Sarah seperti pasangan serasi.
Pada masa sama, segelintir individu sempat memuji ketampanan pemuda itu sekali gus dibandingkan dengan wajah Syamsul.
@arifizoWhere’s my chenta ?♬ original sound – Arif Izo
Aduhh ni lagi kacak!
Ramai yang menunggu Puteri Sarah
Terdahulu, tular sebuah video seorang wanita menggunakan nama akaun @mexxrenn_ menyatakan hasrat bagi menjadi isteri ketiga Syamsul sehingga turut mendapat pelbagai reaksi warganet.
@mexxrenn_Setuju tak kalau saya sondol syamsul dari Ira kazar?♬ original sound – Barbie 💅🏻
“Setuju tak kalau saya ‘sondol’ Syamsul daripada Ira Kazar? Kau sabar jap Ira Kazar. Saya ‘on the way’ jadi bini nombor tiga Syamsul Yusof. Baru kau tahu macam mana rasanya laki kena rampas,” katanya.