Pemuda ini hanya tanam sayur jana RM400,000 sebulan

Pemuda ini hanya tanam sayur jana RM400,000 sebulan

Pemuda ini hanya tanam sayur jana RM400,000 sebulan. Bermula de­ngan berkebun di kawasan tanah terbiar di halaman rumah, seorang pemuda berjaya mengusahakan ladang sayur seluas 12 hektar di Tanah Tinggi Lojing di sini sejak tujuh tahun lalu.

Chung Chia Khang, 28, atau mesra dengan panggilan Ah Kai menanam lebih 100,000 tanaman seperti kubis, jagung, tomato, daun sup, daun bawang, ketumbar, lobak putih, kacang dan buah tembikai wangi.

Jelasnya, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ibu­nya, Suzie Chua, 57, telah mendaftar namanya untuk menyertai kursus pertanian anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Pemuda ini hanya tanam sayur jana RM400,000 sebulan

Katanya, pada peringkat awal, dia hanya mengusahakan 1,000 polibeg lada solok di halaman rumahnya di Kampung Keroh, Kuala Krai dekat sini.

“Saya bermula secara kecil-kecilan dan bersyukur apabila mendapat bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) daripada Risda sebanyak RM10,000 untuk mengembangkan kawasan pertanian.

“Berkat kegigihan berbakti kepada tanah, memberikan pula­ngan lumayan sehingga RM400,000 dalam sebulan,” katanya ketika ditemui di ladang­nya di Tanah Tinggi Lojing di sini semalam.

Ah Kai menambah, sayur-sayuran yang ditanam menggunakan kaedah fertigasi sememangnya berpotensi untuk dikomersialkan dan memberi pulangan lumayan termasuklah untuk eksport ke negara luar.

Katanya, ketika ini, dia berjaya menuai hasil sayur-sayuran 40 hingga 70 tan sebulan.

“Harga pasaran sayur-sayuran untuk tahun ini baik apabila meningkat lebih 50 peratus berbanding setahun atau dua tahun lepas.

“Sayur-sayuran di ladang ini akan dihantar kepada pemborong di Kampung Raja, Cameron Highlands sebelum dieksport ke Singapura,” katanya.

Menurutnya, ketika ini juga sebanyak 40,000 kobis yang di­usahakan di tanah 1.2 hektar juga telah mengeluarkan hasil.

Katanya, dia berjaya ­menuai hasil kubis hampir satu tan setiap hari.

“Anak muda mempunyai ba­nyak peluang jika ada motivasi dalam diri kerana bidang pertanian kini adalah satu perniagaan dan kerjaya yang baik.

Baca Lagi:
Perompak raba kemaluan penjual ketum diburu polis
Bekas isteri dapat wang pampasan sebanyak RM973,827.50 untuk 25 tahun buat kerja rumah tanpa gaji
KWSP boleh dikeluarkan guna kaedah ‘cagaran’ untuk yang benar-benar terdesak wang
CATEGORIES