Pemuda cuci tempat wuduk berlumut sampai bersih dapat pujian netizen

Pemuda cuci tempat wuduk berlumut sampai bersih dapat pujian netizen

Kebersihan merupakan salah satu aspek yang ditekankan dalam agama Islam.

Baru-baru ini, seorang pemuda dari Indonesia berkongsi pengalamannya membersihkan tempat wuduk dan tandas surau.

Walaupun video yang dikongsi melalui TikTok @cleaner_masjid itu ringkas, ia mendapat sambutan yang menggalakkan, mencapai jutaan tontonan dari warga tempatan serta netizen Malaysia.

Pemuda cuci tempat wuduk berlumut sampai bersih dapat pujian netizen

Ramai memuji usaha pemuda Indonesia tersebut. Meskipun bekerja sendiri, beliau dapat membersihkan kotoran dan lumut pada lantai serta dinding dengan bersih.

Selain daripada membersihkan, pemuda tersebut juga menukar pili air yang lama kepada yang baru.

@cleaner_masjid part#3 ♬ suara asli – نور الفيرى🇸🇦🕊️ – Nur Alviraaaa🕊️

Netizen memuji pemuda tersebut walaupun menggunakan peralatan yang asas, hasil kerjanya sungguh mengagumkan.

Pada akhir video tersebut, beliau terlihat sedang menunaikan solat sunat. Ramai netizen berharap dapat turut serta dalam amal kebajikan seperti itu.

Baca Juga:
Senarai 5 selebriti Malaysia yang kahwin dengan berlainan agama, no 5 buat ramai tak sangka
Pengurus besar agensi kerajaan di Kelantan dicekup SPRM
Anak dakwa dirogol bapa sejak berusia 12 tahun sehingga lahirkan dua anak
CATEGORIES