Pempengaruh terkenal ‘bertelekung’ ketika tunai umrah undang kemarahan umat Islam

Photo of author

By Syima Iza

Pempengaruh terkenal ‘bertelekung’ ketika tunai umrah undang kemarahan umat Islam.

Seorang pempengaruh transgender membangkitkan kemarahan umat Islam di Indonesia apabila berpakaian wanita (bertelekung) ketika mengerjakan umrah.

Pelaku yang dikenali sebagai Isa Zega atau nama sebenarnya Sahrul itu turut menerima kecaman dari warga maya atas sikap biadabnya itu di Tanah Suci.

Pempengaruh terkenal 'bertelekung' ketika tunai umrah undang kemarahan umat Islam

Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Mufti Anam turut menyifatkan tindakan pempengaruh tersebut sebagai sebahagian daripada perbuatan menghina agama Islam.

“Mami Online, (gelaran untuk Isa Zega) adalah seorang transgender, pondan, yang pada asalnya seorang lelaki, dia melakukan amalan ibadah umrah menggunakan ‘hijab syar’i’ dan ini merupakan sebahagian daripada perbuatan penistaan agama,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa.

Jelasnya, walaupun Isa Zega sudah mengubah penampilannya menjadi wanita, dia tetap seorang lelaki yang perlu menunaikan ibadah umrah sebagaimana seorang lelaki.

“Malah menurut fatwa Majlis Agama Islam, seorang lelaki walaupun diubah kelaminnya secara lahiriah, dia tetap seorang lelaki,” katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya, akibat perlakuannya itu, Isa Zega kini berhadapan dengan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

“Saya harap dia segera dibawa ke muka pengadilan dan besar harapan saya supaya kejadian sama tidak berulang lagi,” tegasnya.

Difahamkan pelaku telah menunaikan umrah baru-baru ini, dan perkhabaran mengenai perjalanannya ke Tanah Suci telah dimuat naik di akaun media sosialnya, hingga menimbulkan kegusaran awam.

Baca Lagi:
Rakyat Malaysia boleh cuba, ini senaraj pekerjaan ‘High Demand’ di Singapura
Individu kecewa dedah ibu ‘berskandal’ dengan adik ipar sendiri
11 beranak tinggal di pondok usang tanpa dinding selama 18 tahun akhirnya rumah baharu dari pemuda dari Sabah