Pempengaruh kecergasan maut patah leher dihempap ‘barbel’ seberat 210 kilogram

Photo of author

By Syima Iza

Pempengaruh kecergasan maut patah leher dihempap ‘barbel’ seberat 210 kilogram.

Pempengaruh dan jurulatih kecergasan warga Indonesia meninggal dunia akibat patah leher ketika cuba mengangkat piring angkat berat atau barbel.

Channel News Asia (CNA) melaporkan, kejadian berlaku ketika Justyn Vicky, 33, sedang melakukan rutin kecergasan di sebuah pusat gimnasium di Bali, Indonesia pada Sabtu.

Pempengaruh kecergasan maut patah leher dihempap 'barbel' seberat 210 kilogram

Menerusi video yang tersebar di laman sosial, Vicky dilihat di pusat gimnasium The Paradise Bali dalam keadaan mencangkung dengan barbel di bahunya.

Bagaimanapun, dia kelihatan tidak dapat berdiri tegak selepas mencangkung.

Sebaliknya, Vicky kembali ke posisi duduk apabila alat senaman dipegang jatuh di belakang lehernya.

Pembantunya yang memberikan bantuan dan sokongan ketika angkat berat juga kelihatan hilang keseimbangan dan dilihat jatuh ke belakang bersamanya semasa kejadian.

Menurut laporan, Vicky yang juga ahli bina badan dan mempunyai 30,000 pengikut di Instagram (IG) cuba mengangkat barbel seberat 210 kilogram.

Insiden itu menyebabkan Vicky patah leher dan kritikal saraf penting yang menyambung ke jantung dan paru-parunya.

Vicky dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia sejurus selepas pembedahan kecemasan.

Berikutan pemergiannya, ramai menzahirkan ucapan takziah di IG dengan rata-rata mengingatinya sebagai seorang yang mempunyai personaliti yang mesra dan terbuka.

“Justyn lebih daripada sekadar pakar kecergasan, dia adalah penyeri inspirasi, motivasi, dan pemberi sokongan yang tidak berbelah bahagi,” tulis pusat gimnasium The Paradise Bali menerusi satu hantaran di IG.

Baca Lagi:
Pesakit mengadu dilayan kasar oleh pegawai perubatan hospital, 2 jam menunggu di wad kecemasan tanpa dirawat
Penduduk gempar beribu ‘ikan zakar’ terdampar di pantai
Wanita kongsi detik cemas hampir hilang nyawa akibat makan ‘donut peach’ viral