Pempengaruh dibunuh, mayat dikerat ditemui dalam beg pakaian

Photo of author

By Syima Iza

Pempengaruh dibunuh, mayat dikerat ditemui dalam beg pakaian.

Pempengaruh mata wang kripto dari Argentina yang dilaporkan hilang selama lebih seminggu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu, dengan anggota badannya dikerat.

New York Post melaporkan, polis menemui mayat Fernando Perez Algaba, 41, di dalam beg pakaian berhampiran sungai di sini.

Pempengaruh dibunuh, mayat dikerat ditemui dalam beg pakaian

Kes mengerikan itu terbongkar selepas sekumpulan kanak-kanak menjumpai beg pakaian berwarna merah yang dipenuhi dengan cebisan anggota badan ketika bermain di tepi sungai pada Ahad.

Usahawan itu dilaporkan hilang sejak 19 Julai lalu.

Memetik media tempatan, New York Post melaporkan ibu bapa kanak-kanak itu memaklumkan penemuan mayat itu kepada polis.

Selepas memeriksa bungkusan itu, polis menemui kaki dan lengan manusia. Anggota badan lain pula ditemukan di sungai.

Pada Rabu, polis menemui kepala dan anggota badan yang lain dipercayai milik mangsa.

Jurucakap polis memaklumkan, anggota badan itu dipotong dan ia dipercayai dilakukan pembunuh profesional.

Polis menghantar cebisan anggota badan itu untuk bedah siasat dan laporan itu mendedahkan bahawa Algaba ditembak tiga kali, sebelum mayatnya dipotong.

Pempengaruh dibunuh, mayat dikerat ditemui dalam beg pakaian

Mereka dapat mengenal pasti Algaba menerusi pemeriksaan cap jari dan tatu.

Menurut laporan Marca, bilionair berpangkalan di Barcelona itu berpindah dari Miami dan menetap di Argentina selama seminggu sebelum dibunuh.

Algaba mengumpul kekayaannya dengan menyewakan kenderaan mewah dan menjual mata wang kripto. Lelaki itu sering mempamerkan gaya hidupnya yang mewah kepada hampir satu juta pengikut di Instagram (IG).

Pempengaruh itu juga menyewa sebuah pangsapuri di sini, dan sepatutnya memulangkan kunci pada 19 Julai, tetapi gagal berbuat demikian.

Pemilik pangsapuri itu kemudian membuat aduan terhadap pihak berkuasa.

Susulan kejadian, polis menahan individu berkaitan dan mengesyaki mangsa dibunuh kerana hutang dalam jumlah yang besar.

Baca Lagi:
Siapakah Sebenarnya Jean Todt, Suami Michelle Yeoh Ini?
19 tahun bertunang, akhirnya Michelle Yeoh berkahwin dengan kekasihnya, Jean Todt
Sepasang suami isteri nekad jual anak usia 8 bulan sebab nak beli iPhone 14 untuk buat reels