Pemotong rumput gagal kawal nafsu bercakap lucah dengan pekerja kedai serbaneka didenda RM2,500

Pemotong rumput gagal kawal nafsu bercakap lucah dengan pekerja kedai serbaneka didenda RM2,500

Pemotong rumput gagal kawal nafsu bercakap lucah dengan pekerja kedai serbaneka didenda RM2,500.

Seorang bapa tiga anak didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata lucah kepada pekerja kedai serbaneka, Ogos lalu.

Tertuduh, Affan Razali,31, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Majistret Nabilah Nizam.

Pemotong rumput gagal kawal nafsu bercakap lucah dengan pekerja kedai serbaneka didenda RM2,500

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengeluarkan kata-kata lucah dengan niat mencabul kehormatan seorang juruwang wanita berusia 19 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai serbaneka di Taman Perindustrian, Tanjung Minyak Perdana, Melaka Tengah kira-kira pukul 4.14 pagi, 7 Ogos 2023 lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai pemotong rumput didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, mangsa mengadu kepada majikannya memaklumkan diganggu oleh salah seorang pelanggan sebelum mereka bertindak membuat laporan polis.

Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishar memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman itu diringankan dengan alasan dia menanggung isteri yang tidak berkerja dan tiga anak masih kecil.

Katanya, dia menyesali perbuatannya yang gagal mengawal nafsu ketika melihat tubuh badan mangsa sewaktu kejadian.

Majistret Nabilah kemudian menjatuhi hukuman denda RM2,500 atau tiga bulan penjara sekiranya tertuduh gagal melunaskan denda berkenaan.

Baca Lagi:
“Tak payah jadi coach kalau nak mengamuk”, jurulatih badminton baling kerusi kepada pemain
Masih ramai lagi yang tak tahu! Ini cara nak kurangkan kadar bil elektrik dari penggunaan aircond
Fuhh padu!! Tam Spider goreng gitar dengan anak sambil nyanyi lagu “Still Got The Blues” raih perhatian ramai
CATEGORIES