Peminta sedekah tolak terima wang yang banyak undang reaksi netizen

Peminta sedekah tolak terima wang yang banyak undang reaksi netizen

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang peminta sedekah menolak wang yang diberikan seorang individu kerana terlalu banyak, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @santripedulisosial, warga emas berkenaan dilihat enggan menerima wang yang diberikan oleh seorang lelaki.

“Saya tidak boleh menerima wang sebanyak itu, saya tidak berani,” kata peminta sedekah itu.

Peminta sedekah tolak terima wang yang banyak undang reaksi netizen

“Jika saya ambil, saya harus bertanggungjawab dan menjawab di akhirat kelak,” tambahnya lagi.

Selepas enggan menerima wang itu, lelaki tersebut kelihatan pasrah lalu menuruti permintaannya untuk membelikan nasi sahaja.

Rakaman itu menjadi tular dan mengundang perhatian orang ramai.

“Imannya sudah sampai di fasa paling tinggi, bukan sembarangan Masya-Allah,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Ilmu warga emas itu sangat tinggi dan luar biasa,” kata pengguna lain.

Baca Juga:
Pengawal keselamatan jumpa kotak hadiah misteri di Masjid Sri Sendayan
Angkasawan Apollo 8 William Anders maut dalam nahas pesawat
Harga Diesel naik dari RM2.15 terus kepada RM3.35 bermula 12 malam ini
CATEGORIES