Peminat terharu terima layanan istimewa SRK, siap ajak sembang dalam bilik hotel

Photo of author

By Syima Iza

Peminat terharu terima layanan istimewa SRK, siap ajak sembang dalam bilik hotel. Seorang peminat tegar Shah Rukh Khan (SRK) teruja apabila berpeluang bersemuka dengan pelakon superstar itu semasa pameran kereta antarabangsa, Auto Expo 2023, di sini, baru-baru ini.

Jatin Gupta merupakan antara peminat bintang Bollywood itu yang sanggup beratur panjang di luar pekarangan sebuah hotel untuk bertemu pelakon pujaannya itu.

Bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila pelakon berusia 57 tahun itu mempelawa peminat tersebut ke bilik hotel untuk bersembang santai, walaupun jam sudah mencecah pukul 2 pagi.

Peminat terharu terima layanan istimewa SRK, siap ajak sembang dalam bilik hotel

Gupta memuat naik gambar pertemuannya dengan pelakon Kabhi Khushi Kabhie Gham di Twitter sehingga mencuri tumpuan peminat seluruh dunia.

Lebih memeranjatkan apabila lelaki itu disambut SRK dengan penuh kemesraan seperti seorang bapa dan anak.

“Terima kasih @iamsrk kerana meluangkan masa anda ketika pukul 2 pagi.

“Belum ada mana-mana pelakon handalan lagi yang melayan peminatnya seperti ini. Anda pelawa kami ke bilik hotel dan memberikan perhatian dengan penuh respek.

“Maaf juga kerana mengganggu masa anda pada waktu malam, saya sayangkan anda,” katanya.

Peminat SRK di seluruh dunia tidak sabar menantikan kemunculan pelakon itu beraksi di layar perak menerusi filem Pathaan yang akan menjengah pawagam 25 Januari ini.

Baca Lagi:
Peserta lumba lari wanita pecut laju mengalahkan ‘Usain Bolt’ selepas kena kejar dengan anjing
Ketua Setiausaha Negara dedah MAFS dapat markah tercorot, Mat Sabu tidak terkejut
Bayi menangis non-stop dalam pesawat, tindakan berani pemuda ini dapat pujian netizen