Peminat kecewa tiket konsert Coldplay dijual semula dengan harga tak masuk akal hingga cecah RM43,000

Photo of author

By Syima Iza

Peminat kecewa tiket konsert Coldplay dijual semula dengan harga tak masuk akal hingga cecah RM43,000. Tindakan beberapa individu menjual semula tiket konsert siri jelajah kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay dengan harga yang tinggi mengundang kecaman orang ramai.

Tinjauan di media sosial mendapati, ada yang bertindak menjual tiket konsert Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur November nanti sehingga mencecah RM43,200.

Difahamkan, tiket tersebut bagi tempat duduk di kategori 1 di mana harga asal yang dijual di laman web rasmi Go Live-Asia ialah hanya RM1,288.

Peminat kecewa tiket konsert Coldplay dijual semula dengan harga tak masuk akal hingga cecah RM43,000

Menurut individu yang menjual tiket tersebut, ia dijual kepada orang berkemampuan sahaja dan pertukaran dengan motosikal adalah tidak diterima.

Susulan daripada itu, ramai peminat kumpulan tersebut yang menggesa agar pihak penganjur mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menjual semula tiket dengan harga tidak masuk akal.

Malah, rata-rata peminat hari ini lagi sekali kecewa apabila kebanyakan tiket sudah habis dijual sebaik sahaja sesi jualan tiket bermula pada pukul 10 pagi tadi.

“Jangan beli tiket dari ‘reseller’, biar mereka rugi,” kata Florence.

“Hati-hati, jangan beli dengan mereka risau akan kena scam,” kata Naimm.

Baca Lagi:
Terserempak suami dengan perempuan lain, Isteri simbah tomyam panas atas muka kekasih suami, sekali ini yang jadi..
Kelantan negeri paling tinggi poligami? Tapi kenapa…
‘Hidup mewah tapi tak bayar cukai’-Influencer berpendapatan RM3,111 ke atas perlu bayar cukai