Pemimpin Pas dakwa Hannah Yeoh guna kuasa menteri nafikan hak Kelantan anjur Sukma

Pemimpin Pas dakwa Hannah Yeoh guna kuasa menteri nafikan hak Kelantan anjur Sukma

Pemimpin Pas dakwa Hannah Yeoh guna kuasa menteri nafikan hak Kelantan anjur Sukma. Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed mengenai isu penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Hannah menerusi ciapan di Twitter berkata pejabatnya telah membuat laporan itu susulan dakwaan Mohamad Kamal bahawa beliau menafikan hak Kelantan untuk menjadi tuan rumah temasya berkenaan.

Beliau berkata dakwaan itu adalah satu fitnah kerana Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan Wan Roslan Wan Hamat telah bersetuju untuk negeri itu menganjurkan edisi 2028, yang memberikan masa tambahan bagi membuat persediaan dan pembinaan fasiliti sukan di Kelantan.

Pemimpin Pas dakwa Hannah Yeoh guna kuasa menteri nafikan hak Kelantan anjur Sukma

“Doakan untuk saya. Difitnah orang Bersatu semalam, hari ini ketua Pemuda PAS Kelantan pula fitnah, pejabat saya telah membuat laporan polis,” katanya.

Semalam, sebuah media tempatan melaporkan Mohamad Kamal mendakwa Hannah menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk menafikan hak Kelantan menganjurkan Sukma 2024.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Ahmad Shapawi Ismail dalam kenyataan berasingan berkata keputusan Kelantan sebagai tuan rumah Sukma 2028 adalah hasil perbincangan antara pihaknya bersama wakil negeri Wan Roslan, yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukma dalam mesyuarat yang diadakan semalam.

“Kenyataan sebegitu sangat tidak bertanggungjawab kerana ia menyimpang daripada hakikat dan iltizam Jawatankuasa Tertinggi Sukma bagi memastikan semua negeri berpeluang menjadi tuan rumah Sukma. Kelantan satu-satunya negeri yang belum pernah menganjurkan Sukma.

“Keputusan supaya Kelantan menjadi tuan rumah Sukma 2028 adalah demi memberikan masa tambahan kepada kerajaan negeri menyiapkan infrastruktur sukan bagi penganjuran temasya sukat itu,” katanya.

Sementara itu Ahmad Shapawi menzahirkan penghargaan kepada Sarawak yang bersedia menganjurkan Sukma 2024, ekoran keputusan Johor sebelum ini memulangkan hak tuan rumah temasya itu kepada MSN.

Johor sepatutnya menganjurkan edisi 2020, namun penganjuran itu dibatalkan kerana pandemik Covid-19 dan negeri itu dipilih untuk menganjurkan edisi 2024, diikuti edisi 2026 di Kelantan, manakala MSN menganjurkan edisi 2022 di Lembah Klang pada September lepas.

Namun, keputusan terbaharu Jawatankuasa Tertinggi Sukma menyaksikan Sarawak menjadi tuan rumah edisi 2024, MSN menganjurkan edisi 2026 dan diikuti Kelantan pada 2028.

Baca Lagi:
Anak tertekan ibu bantah buat majlis kahwin kecil, mahu jemput 1,000 tetamu
Lelaki OKU cacat penglihatan tunjuk kehebatan guna telefon bimbit buat ramai kagum
Pelajar kahwini guru selepas sabar menunggu selama 5 tahun
CATEGORIES