Pemimpin PAS ajak penyokong baca qunut nazilah selepas Sanusi ditangkap

Photo of author

By Syima Iza

Pemimpin PAS ajak penyokong baca qunut nazilah selepas Sanusi ditangkap.

Susulan penangkapan dan pendakwaan terhadap Muhammad Sanusi Md Nor, seorang ahli Jawatankuasa PAS Pusat Riduan Mohamad Nor meminta orang ramai membaca qunut nazilah bagi membantu menteri besar sementara Kedah itu.

Selain itu dia turut meminta penyokong PAS supaya berdoa kepada Allah agar “perancangan licik” yang didakwanya didalangi PH dan BN digagalkan.

Kata Riduan dia pernah bersama-sama dengan Sanusi dalam misi mereka membantu warga Rohingya di Myanmar.

Pemimpin PAS ajak penyokong baca qunut nazilah selepas Sanusi ditangkap

“Teruskan membaca qunut nazilah teman-teman,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Untuk rekod qunut nazilah merupakan amalan yang dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak dan kemarau.

Terdahulu Sanusi dilaporkan ditangkap pihak polis kira-kira jam 3 pagi di Kuala Lumpur, hari ini.

Dia kemudian dihadapkan di dua mahkamah sesyen berasingan di Selayang pagi atas pertuduhan menghasut.

Elak perbuatan provokasi

Pemimpin PAS ajak penyokong baca qunut nazilah selepas Sanusi ditangkap

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.

Penyandang kerusi dewan undangan negeri Jeneri, Kedah itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan terbabit di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara – Kampung Bendahara, Gombak dekat Kuala Lumpur pada 11 Julai lalu.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kata Riduan dia mengajak penyokong parti itu tetap berdoa dan tidak terlibat dalam sebarang situasi provokasi.

“Mohon mendoakan agar Allah patahkan perancangan licik kerajaan PH-BN ini, jangan terlibat dengan apa jua situasi provokatif.

“Insya-Allah kita berikan kekalahan memalukan untuk semua kerusi majoriti muslim dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini kepada pakatan mereka,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Politik Sanusi, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan tindakan terhadap bosnya itu dilakukan dengan hanya satu tujuan.

“Tujuannya hanya satu, menghalang Sanusi daripada kembali menjadi menteri besar Kedah selepas PRN nanti.

“Langkah itu dimulakan denga melonggokkan segala macam persepsi buruk kepada Sanusi,” katanya di Facebook.

Baca Lagi:
Ribuan Rakyat Kedah sambut MB Sanusi seperti ‘wira’ di Airport Alor Setar
Sanusi dicekup polis jam 3 pagi di hotel
Budak perempuan pegang ular hidup masuk dalam rumah, keluarga lari lintang pukang tinggalkan bayi