Pemilik stesen minyak rendam buku jualan minyak diesel dalam baldi setelah diserbu KPDN

Photo of author

By Syima Iza

Pemilik stesen minyak rendam buku jualan minyak diesel dalam baldi setelah diserbu KPDN.

Rendam buku catatan jualan minyak diesel dalam baldi berisi air bagi merosakkan bahan bukti.

Tindakan itu dilakukan seorang wanita yang dipercayai pemilik sebuan stesyen minyak di Tasek Gelugor, di sini selepas aktiviti penyelewengan diesel yang dilakukan di premis miliknya dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pulau Pinang pada Jumaat lalu.

Pemilik stesen minyak rendam buku jualan minyak diesel dalam baldi setelah diserbu KPDN

Pengarah KPDN Pulau Pinang, RS Jegan berkata, serbuan Ops Tiris dilakukan pihaknya pada jam 12 tengah malam selepas Unit Risik KPDN Pulau Pinang mendapat maklumat berhubung aktiviti penyelewengan minyak diesel yang dilakukan.

Menurutnya, ketika serbuan dijalankan terdapat sebuah lori sedang mengisi minyak ke dalam tangki yang telah diubahsuai.

“Seorang lelaki berusia 30-an ditahan dan mengaku sebagai pemandu lori terbabit.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat empat buah tangki berkapasiti 4,000 liter di dalam lori tersebut yang mengandungi 3,400 liter minyak diesel,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Jegan berkata, semasa pemeriksaan lanjut dijalankan, pasukannya menemui bukti catatan jualan minyak diesel yang melibatkan sindiket terbabit.

Bagaimanapun katanya, wanita terbabit merampas bukti penjualan tersebut dan merendam ke dalam sebuah baldi air bagi merosakkan bukti kes terbabit serta berlaku sedikit pergelutan.

“Satu laporan polis dibuat atas kesalahan menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas.

“Dalam serbuan itu, kita merampas sebuah lori jenama Delta, minyak diesel anggaran sebanyak 3,400 liter, empat buah tangki, hos paip dan motor pam yang mana anggaran jumlah keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM 31,760,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan mana-mana orang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penalti sehingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Tambanya, bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Baca Juga:
Berdosa suami tekan butang ‘like’ gambar perempuan cantik
Geng ‘Basikal’ keras kepala tetap mahu duduk di Koc wanita undang pertikaian netizen
Polis trafik tular tumpangkan warga emas ke masjid dengan motosikal dapat sijil penghargaan