Pemilik rumah terkejut buka kepala paip keluar suara pontianak mengilai

Pemilik rumah terkejut buka kepala paip keluar suara pontianak mengilai

Kepala paip pada dinding bilik mandi di sebuah rumah di Semarang, wilayah Jawa Tengah mengeluarkan bunyi mirip puntianak mengilai, lapor portal berita Banjarmasin Post semalam.

Bunyi menakutkan itu membuatkan pemilik rumah terkejut dan panik.

Klip video tentang kepala paip yang mengeluarkan bunyi seram itu boleh ditonton di platform TikTok menggunakan akaun @alynn20. Rakaman itu menjadi tular pada Sabtu lalu.

Pemilik rumah terkejut buka kepala paip keluar suara pontianak mengilai

Pada permulaan rakaman, tidak ada yang aneh ketika kepala paip itu dibuka.

Namun, ketika hendak ditutup, ia mengeluarkan bunyi seperti puntianak sedang ketawa.

Pelbagai cara dilakukan pemilik rumah seperti memukul dan menekan kepala paip supaya suara unik tersebut hilang.

Walaupun pelbagai cara sudah dilakukan, suara mirip ketawa puntianak itu kembali bergema sehingga netizen menyarankan supaya kepala paip itu diganti dengan segera.

@alynn20 Keran anjj.. #fyp ♬ suara asli – Alinovitaa

Baca Juga:
Hanya kerana RM1.47, wanita dedah hidup seperti ‘neraka’ selama 10 tahun
Lelaki cuba serang anggota polis Balai Dato Keramat ditahan
Pelajar 13 tahun tikam ustazah sampai mati kerana dendam
CATEGORIES