Pemilik restoran terkejut pelanggan wanita bayar hampir RM53,000 padahal harga makanan hanya RM52

Pemilik restoran terkejut pelanggan wanita bayar hampir RM53,000 padahal harga makanan hanya RM52

Pemilik restoran terkejut pelanggan wanita bayar hampir RM53,000 padahal harga makanan hanya RM52.

Sebuah restoran di wilayah Thanh Hoa, tengah Vietnam mencari pelanggan yang membayar sebanyak 270 juta dong (RM52,054) untuk hidangan berharga cuma 270,000 dong (RM52.05), lapor portal berita VNExpress semalam.

Pemilik restoran itu, Hoang Hiep berkata, dia mencari pelanggan itu yang membayar makan tengah hari untuk memulangkan baki wangnya.

Pemilik restoran terkejut pelanggan wanita bayar hampir RM53,000 padahal harga makanan hanya RM52

Sekitar pukul 1.30 tengahari (waktu tempatan) pada 24 November lalu, dua pelanggan datang ke restorannya untuk menjamu selera.

Harga makanan mereka ialah 270,000 dong tetapi pelanggan itu tersilap menghantar pindahan wang melalui Kod Respons Pantas (QR) sebanyak 270 juta dong.

Hiep berkata, dia tidak menyemak akaunnya pada masa pemindahan dan hanya mendapati terdapat jumlah wang yang luar biasa banyak dalam akaunnya pada petang hari yang sama.

Menurut rakaman kamera keselamatan, pelanggan itu adalah seorang wanita berusia sekitar 40 tahun yang menjamu selera bersama seorang rakan.

Baca Lagi:
Hukum guna duit tabung masjid bayar elaun AJK, buat baju-T
Detik cemas ‘ikan duyung’ hampir lemas tersangkut dalam akuarium
Kejam! Rendam 15 ekor anak kucing sampai mati, Persatuan Haiwan Malaysia tawar ganjaran RM5,000 kesan pelaku
CATEGORIES