Pemilik restoran cuci pinggan guna air sampah undang kecaman netizen

Photo of author

By Syima Iza

Pemilik restoran cuci pinggan guna air sampah undang kecaman netizen.

Perbuatan seorang pemilik restoran di Indonesia yang dengan selamba mencuci pinggan dan mangkuk menggunakan air yang penuh sampah telah mengundang kecaman pengguna media sosial, lapor portal berita Abatanews semalam.

Kejadian tersebut berlaku di Kota Palembang, wilayah Sumatera Selatan, beberapa hari yang lalu.

Pemilik restoran cuci pinggan guna air sampah undang kecaman netizen

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @noname_27277 menunjukkan seorang wanita sedang membersihkan sejumlah pinggan, mangkuk, periuk, sudu, serta garfu.
Peralatan dan barangan tersebut bukan sahaja tidak dibersihkan dengan sabun, malah dibilas dengan air sungai yang dipenuhi sampah sarap.

Wanita itu kemudiannya mengasingkan peralatan yang dianggap ‘bersih’ itu di tempat lain.

Rakaman tersebut telah mencatatkan lebih 319,900 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen.

“Ini bukan air sungai keruh tetapi air sampah!” marah seorang netizen.

“Vitamin tambahan,” sindir netizen yang lain.

@noname_27277 Dak nafsu makan #palembang #palembanginfo #palembangtiktok #palembangcity #palembangpunyo #viral #fyp ♬ Funny – Gold-Tiger

Baca Lagi:
Altimet dedah gaji sebenar jadi wakil rakyat di Selangor
Lamborghini Diablo bernilai RM1.4 juta rosak teruk selepas jatuh dari lori pengangkut
Patut laku keras, peniaga ini tambah cacing tanah kering dalam kuah laksa