Pemilik kedai runcit cedera parah dibelasah dengan kayu, parang

Pemilik kedai runcit cedera parah dibelasah dengan kayu, parang

Rasa tidak puas hati dipercayai menjadi punca seorang warga emas dipukul bertalu-talu oleh seorang lelaki dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Pekan Sungai Karangan, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.35 malam itu, lelaki berusia 62 tahun terbabit mengalami mengalami luka pada kepala, patah lengan dan pergelangan tangan kiri serta luka kedua-dua belah lutut.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan pemilik kedai runcit berada di kaunter bayaran berseorangan.

Pemilik kedai runcit cedera parah dibelasah dengan kayu, parang

Katanya, anak lelaki mangsa berusia lingkungan 30-an bersama pembantu kedai pula berada di stor sementara isteri mangsa berada di bahagian belakang premis.

“Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, terdapat dua suspek lelaki memakai topi keledar serta penutup muka membawa kayu dan parang.

“Suspek yang memegang kayu dilihat bertindak memukul mangsa sehingga mangsa terjatuh ke lantai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, seorang lagi suspek hanya menunggu di luar kedai dan mereka terus melarikan diri tanpa mengambil apa-apa barang milik mangsa.

“Kejadian disedari isteri mangsa sebelum memaklumkan kejadian kepada anak lelakinya dan mendapati warga emas itu terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah,” ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, motif serangan dipercayai akibat rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa.

“Walau bagaimanapun kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif sebenar serangan itu dan mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan,” jelasnya.

Baca Juga:
Cara seterika baju yang betul supaya tak berkedut, rupanya ramai yang salah..begini caranya
Baru kenal di gimnasium kena liwat di kondominium
‘Amoi’ mahu pilih calon suami bergaji rendah raih pujian ramai
CATEGORIES