Pemilik cafe sedia tempat muda mudi berasmara kena rotan 30 kali

Pemilik cafe sedia tempat muda mudi berasmara kena rotan 30 kali

Pemilik cafe sedia tempat muda mudi berasmara kena rotan 30 kali. Seorang pemilik kafe dihukum rotan sebanyak 30 kali kerana menyediakan tempat untuk pasangan belia melakukan perbuatan tidak senonoh, lapor portal berita Tribun Medan semalam.

Majlis Hakim Mahkamah Syariah Tapaktuan menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang pemilik kafe berinisial RD kerana menyediakan tempat untuk pasangan muda-mudi bermesraan hingga melakukan hubungan yang hanya dilakukan oleh suami isteri di kafe miliknya di Ujung Tanah, Samadua, Aceh Selatan.

Ketua Hakim, Ervy Sukmarwati menyatakan tertuduh, RD terbukti menyediakan kemudahan untuk golongan belia melakukan perbuatan tersebut dan hukuman terhadapnya dijatuhkan pada Rabu lalu.

Pemilik cafe sedia tempat muda mudi berasmara kena rotan 30 kali

Dia didapati bersalah melakukan perbuatan itu pada 5 November tahun lalu pada waktu malam dan pihak berkuasa agama menemui pasangan yang sedang bermesraan di kafe miliknya.

Pihak berkuasa juga menemui kondom di sekitar warung milik RD.

RD mengaku kafe miliknya terdapat beberapa pondok kecil berukuran 1 meter yang ditutupi kain terpal dan tanpa lampu dan dia menyesal di atas perbuatannya.

Baca Lagi:
Sajat trauma, dedah nyaris jadi mangsa rogol lelaki Arab di Australia
Selepas iklan jual buah pinggang sendiri, guru terima gaji tertunggak
Kereta baru Mercedes dan kereta diganti rosak dalam masa 2 bulan, pemilik berang tampal nota dan usung kereta keliling bandar
CATEGORIES