Pembunuhan kejam, mayat lelaki perut terbelah, leher digantung dengan batu ditemui

Photo of author

By Syima Iza

Pembunuhan kejam, mayat lelaki perut terbelah, leher digantung dengan batu ditemui.

Mayat dengan tangan dan kaki terikat serta leher digantung bongkah batu ditemui terapung di laut berhampiran Jeti Bagan Bukit Tambun, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Ng Ah Thiam berkata, siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh dengan keadaan mayat begitu tragis.

Pembunuhan kejam, mayat lelaki perut terbelah, leher digantung dengan batu ditemui

Menurutnya, penemuan itu dimaklumkan orang awam kepada pihak polis pada 11.45 pagi.

“Pemeriksaan ke atas mayat itu mendapati terdapat kesan terbelah di perut dan kita percaya bahawa mangsa telah dicederakan dengan senjata tajam.

“Kemudian pelaku pula bertindak mengikat tangan dan kaki mangsa termasuk mengikat bahagian leher dengan tali bersama sebongkah batu sebelum mencampak mayat mangsa di muara sungai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, setakat ini identiti mangsa masih belum diketahui dan mayat sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk bedah siasat.

“Ketika ditemui mangsa masih berpakaian baju T berkolar lengan pendek berwarna merah dan seluar ‘boxer’.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kes atau kehilangan ahli keluarga boleh tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan (ASP) Mohd Hafiz Mohd Noor di talian 019-4650777 atau hotline IPD Seberang Perai Selatan 04-5858222,” katanya.

Baca Lagi:
Sesat dihutan selama 14 hari, pemburu nampak lembaga hitam berkepala dua memanggil-manggil
Selepas 13 tahun menyimpan ‘rahsia’ mengaku bujang terbongkar, lelaki minta ganti rugi RM1.4 daripada isteri
Cara kesan CCTV tersembunyi dalam hotel yang kita check in