Pembunuh bersiri terkenal bunuh lebih 100 mangsa ditembak mati

Photo of author

By Syima Iza

Pembunuh bersiri terkenal bunuh lebih 100 mangsa ditembak mati. Seorang pembunuh bersiri di Brazil terkenal kerana mendakwa sudah membunuh lebih 100 mangsa, namun kecundang selepas ditembak mati berhampiran Sao Paolo, lapor pihak berkuasa pada Isnin.

Antara yang pernah menjadi mangsa Pedro Rodrigues Filho adalah pengedar dadah, perogol dan penjenayah.

Jabatan Keselamatan Awam Sao Paulo memaklumkan Rodrigues maut pada Ahad, akibat beberapa kesan tembakan di bandar tenggara Mogi das Cruzes.

Pembunuh bersiri terkenal bunuh lebih 100 mangsa ditembak mati

“Suspek melarikan diri selepas melakukan jenayah itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Rodrigues, 68, sebelum ini menghabiskan 42 tahun penjara kerana membunuh.

Dia menjadi terkenal kerana beberapa siri wawancara berprofil tinggi di media Brazil, malah mendakwa membunuh mangsanya kerana mereka sendiri melakukan jenayah.

Dikenali sebagai Pedrinho Matador atau Little Pedro the Killer Rodrigues, dia juga digelar Brazilian Dexter, menerusi siri televisyen di Amerika Syarikat.

Lelaki ini bebas dari penjara pada 2018 dan Rodrigues memulakan kehidupan baharu sebagai personaliti media sosial.

Pembunuh bersiri terkenal bunuh lebih 100 mangsa ditembak mati
Pedro Rodrigues Filho

Pengaruh yang ada membolehkan dia mengumpul lebih 250,000 pengikut pada aplikasi video Kwai, dengan perkongsian menceritakan kisah luar biasa kehidupannya.

Dia mengulas kes berprofil tinggi dan memberi amaran kepada golongan muda terhadap kehidupan jenayah.

Baca Lagi:
Kasih sayang bapa saudara sanggup dukung anak saudara ke pelamin meruntun hati ramai
Baru seminggu kahwin, mak mertua paksa anak kahwin lain jika isteri belum mengandung
Dua ceramah Ustaz Wadi Annuar di Selangor dibatalkan, ini penjelasan JAIS