Pembuli sedang nazak, lelaki serba salah mahu maafkan atau tidak.
Seorang lelaki mendedahkan pembuli yang pernah membuli dirinya 10 tahun lalu di sekolah, kini sedang nazak.
Menerusi perkongsian kisah buli yang dimuat naik oleh @adameji7 di TikTok, individu ini telah memberi impak yang besar dalam hidupnya sehingga dia mengalami gangguan fizikal dan emosi yang teruk.
“Saya ingin berkongsi pengalaman pahit ini untuk memberi kesedaran tentang impak yang boleh diberikan oleh tindakan buli.
“Saya cuba mencederakan diri sendiri kerana mahu menamatkan penderitaan kesan buli. Hampir setiap hari saya dibuli dia dan rakan-rakannya,” katanya.
Apabila dia mendengar berita bahawa pembuli itu kini sedang nazak, Adam berhadapan dengan persoalan sukar sama ada dia harus melawatnya.
@adameji7 Apa pendapat korang? #fyp #fypdongggg #adameji7 #africanmalaysian #tiktokmalaysia #ilovemalaysia #malaysiatiktokers ♬ original sound – Adam Eji
“Saya dengar dia sedang nazak sekarang. Bila ingat balik apa yang dia dah buat, saya jadi takut dan trauma,” jelasnya.
Tambah Adam, hatinya begitu berat untuk memaafkan dan melupakan perbuatan pembuli itu terhadapnya.
“Saya tidak tahu sama ada saya boleh mengawal emosi atau tidak. Ketika saya mahu merakam video ini, saya memikirkannya berkali-kali.
“Pengalaman saya dibuli amat memeritkan, tetapi nasib baik saya mempunyai keluarga dan rakan yang menyokong saya,” katanya.
Melihat ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman mereka dibuli.
“Pada pendapat saya, awak tak patut jumpa dia pun. Kalau awak nak maafkan itu, terpulanglah,” ulas Maiyih.
“Jika awak fikir pergi melawatnya awak akan ingat semua kenangan pahit itu, lebih baik jangan pergi. Mental dan emosi awak lebih penting,” tambah Hanis Zulkifle.