Pembantu rumah dibunuh anak majikan di Kuwait, mayat dibuang di padang pasir

Photo of author

By Syima Iza

Pembantu rumah dibunuh anak majikan di Kuwait, mayat dibuang di padang pasir. Kerajaan Filipina akan mengambil langkah penilaian dan pencegahan mengenai isu penderaan dan penganiayaan rakyatnya yang bekerja di Kuwait, susulan kes seorang pembantu rumah yang dibunuh dan kemudiannya dibuang di kawasan padang pasir.

Setiausaha Pekerja Migran Filipina, Susan Ople berkata, mangsa yang dikenali sebagai Jullebee Ranara, 35, dilaporkan dibunuh oleh anak lelaki majikannya.

“Mayat Jullebee Ranara kemudiannya dibawa pulang ke Filipina menggunakan pesawat malam kelmarin,” katanya.
Pembantu rumah dibunuh anak majikan di Kuwait, mayat dibuang di padang pasir
Gambar hiasan

Pihak berkuasa Filipina sedang berusaha untuk mengesahkan laporan berkaitan mangsa dirogol dan dikatakan mengandung ketika dibunuh oleh anak lelaki majikan berusia 17 tahun yang sudah ditahan polis Kuwait.

Ople juga berkata, kerajaan Filipina akan melakukan apa sahaja bagi memastikan keadilan untuk mangsa.

“Perbuatan berkenaan adalah jenayah yang mengerikan dan tidak masuk akal. Disebabkan itu pelaku wajib dihukum.

“Kami akan menghantar sepasukan pegawai ke Kuwait bagi mengetahui punca perkara berkenaan yang sering berlaku disana.

“Penderaan seksual, pemerdagangan manusia dan pelanggaran kontrak buruh adalah antara aduan yang biasa dilaporkan oleh rakyat Filipina yang bekerja di Asia Barat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Pekerja Migran Filipina, Hans Cacdac, kira-kira 268,000 warga Filipina kini bekerja di Kuwait.

“Sejak kebelakangan ini ratusan warga Filipina mencari tempat perlindungan di sebuah pusat kecemasan yang dikendalikan oleh Kedutaan Filipina di Kuwait berkitan kes penganiayaan,” katanya.

Baca Lagi:
Lelaki hanyut di lautan berpaut pada tong minyak selama 30 jam diselamatkan
Awas trend baru Tiktok, 25 kanak-kanak cedera makan gula-gula ‘Nafas Naga’
Wanita terkejut lihat arwah suami masih hidup dalam video promosi restoran