Pembantu peribadi pelakon wanita popular didakwa curi rantai emas

Photo of author

By Syima Iza

Pembantu peribadi pelakon wanita popular didakwa curi rantai emas.

Pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas didakwa mencuri barangan kemas milik pelakon tersebut, semalam.

Menurut sumber Harian Metro, wanita berusia 28 tahun itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor.

Pembantu peribadi pelakon wanita popular didakwa curi rantai emas

“Difahamkan kecurian itu berlaku pada bulan Jun lalu selepas pelakon wanita tersebut menyedari rantai emas miliknya telah hilang.

“Bukan itu sahaja, rantai emas milik anak pelakon itu juga turut hilang,” katanya kepada Harian Metro. Sumber tersebut turut menyatakan bahawa pelakon wanita itu juga kehilangan wang tunai sebanyak RM10,000.

“Pemeriksaan di rumah wanita terbabit di Gombak turut menemui semula barangan kemas yang hilang itu,” katanya lagi.

Harian Metro difahamkan bahawa pembantu peribadi tersebut juga telah membuat laporan di IPD Gombak mendakwa dirinya dipukul oleh pelakon wanita tersebut.

Sumber berkata, punca pembantu peribadi itu dipukul adalah kerana dia didakwa mereka cerita mengenai masalah rumah tangga pelakon berkenaan.

“Pelakon itu juga telah membuat laporan polis semalam,” katanya.

Harian Metro sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak polis berhubung penahanan itu.

Baca Juga:
Jual cecair bisa kala jengking boleh jadi jutawan, satu gelen berharga RM173 juta
YouTuber muat naik video masak, makan kari burung merak masuk jel
Wanita terhantuk kepala pada tiang ketika rakam video di luar kereta api yang sedang bergerak