Pembantu operasi dicekup polis, tunjuk kemaluan kepada rakan sekerja di pejabat

Photo of author

By Syima Iza

Pembantu operasi dicekup polis, tunjuk kemaluan kepada rakan sekerja di pejabat.

Tindakan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan ke arah rakan sekerja dekat Putra Plaza di sini pada 12 Julai lalu, mengundang padah apabila diberkas semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis sebelum ini menerima laporan daripada seorang wanita warga tempatan berusia 44 tahun.

Pembantu operasi dicekup polis, tunjuk kemaluan kepada rakan sekerja di pejabat

“Mangsa mendakwa dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, suspek bertindak membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa ketika berada di pejabat bangunan berkenaan.

“Mangsa yang panik kemudiannya melarikan diri ke tempat parkir kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima itu sehingga membawa kepada tangkapan suspek.

“Suspek berusia 48 tahun yang bertugas sebagai pembantu operasi syarikat sama ditahan jam 5.30 petang.

“Suspek didapati bebas daripada sebarang pengaruh dadah menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Baca Juga:
“Aku terpaksa berundur kerana adik ipar dari neraka, dia sengaja temukan semula suami aku dengan kekasih lama”
Penduduk Batang Kali terkejut Albertine ditemui di hotel bajet
Ini kisah 5 ibu mertua paling kejam di dunia, no 3 paling gila