Pembantu Jurulatih Kelantan FC peluk Islam

Pembantu Jurulatih Kelantan FC peluk Islam

Pembantu Jurulatih Kelantan FC peluk Islam. Penolong jurulatih dan penganalisis video Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas telah memeluk Islam.

Perkara itu dikongsikan laman Facebook TRW Kelantan FC di mana Pol Corpas yang juga berasal dari Sepanyol akan menggunakan nama baharu Islam iaitu Abu Bakar.

“Dia disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan dan turut disaksikan oleh Coach Rezal (Rezal Zambery Yahya), Coach Azli (Azli Mahmood) dan Coach Qus (Qusmaini Noor Rusli).

Pembantu Jurulatih Kelantan FC peluk Islam

“Dia akan menggunakan nama baharu islam iaitu Abu Bakar,” kata kenyataan di laman Facebook TRW Kelantan FC hari ini.

Abu Bakar telah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023.

Baca Lagi:
Wanita berstatus isteri orang kantoi kahwin senyap-senyap, siap mengaku jadi janda
Tumbuk, tarik rambut ibu kandung selepas ditegur buat bising
Penuntut IPT sanggup menyamar pengusaha kebun buah elak dari dicekup berkhalwat
CATEGORIES