Pemandu Uber siap guna karaoke hiburkan penumpang buat ramai terpegun

Pemandu Uber siap guna karaoke hiburkan penumpang buat ramai terpegun

Pemandu Uber siap guna karaoke hiburkan penumpang buat ramai terpegun.

Seorang pemandu Uber mendapat perhatian meluas di media sosial kerana menggunakan teknik nyanyian karaoke untuk menghiburkan penumpangnya.

Lapor NDTV, para penumpang yang menaiki kenderaan pemandu Uber bernama Linda boleh menikmati sesi karaoke sepenuhnya.
Pemandu Uber siap guna karaoke hiburkan penumpang buat ramai terpegun

Satu video tular menunjukkan Linda sedang menyanyi lagu karaoke bersama penumpangnya, sekali gus membuatkan rata-rata warganet terpegun melihat aksinya.

Video itu dimuat naik oleh Linda di akaun Instagramnya.

Malah, halaman Instagram Linda dipenuhi dengan video sesi karaoke dia bersama penumpangnya.

Satu lagi rakaman video memaparkan sekumpulan penumpang menaiki kenderaan Linda dan pemandu Uber itu menawarkan untuk memainkan lagu karaoke agar mereka dapat berhibur.
“Video itu berakhir dengan semua orang menyertai sesi karaoke itu,” jelas laporan.

Video yang disiarkan pada 8 November tahun lalu, berjaya meraih lebih 400,000 tontonan di Instagram.

Rakaman itu menerima pelbagai reaksi termasuk seorang pengguna media sosial meminta Linda untuk tidak berhenti menghiburkan penumpangnya dan berkongsi lebih banyak video mengenainya.

@lyricswithlinda #fyp #uberdriver #lyricswithlinda #bestuberrides ♬ original sound – Linda Swann Fox

Baca Juga:
Pemuda raih RM1,000 sehari jual baju jenama tiruan secara ‘live’ di TikTok terbongkar
Rasuah lebih RM6 juta: Sanusi disoal siasat SPRM, beri keterangan lebih 3 jam
Ramai ejen Takaful kena ganggu dengan mamat psiko mahu bau stoking
CATEGORIES