Pemandu Toyata Camry tular halang ambulans rupanya wanita sakit mental

Photo of author

By Syima Iza

Pemandu Toyata Camry tular halang ambulans rupanya wanita sakit mental.

Pemandu wanita yang menghalang ambulans di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini, semalam, disahkan mengalami masalah psiakitri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata pihaknya mengesan pemandu berusia 41 tahun itu selepas pemandu ambulans berkenaan membuat laporan polis.

Pemandu Toyata Camry tular halang ambulans rupanya wanita sakit mental

“Pemandu kereta jenis Toyota Camry itu dibawa ke Balai Polis Trafik bagi tujuan siasatan. Bagaimanapun, pemandu kenderaan berkenaan didapati menghadapi masalah psikiatri dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan rawatan serta mendapatkan laporan perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, terdahulu pihaknya mengesan video tular di TikTok memaparkan ambulans berkenaan dihalang laluannya oleh kereta berkenaan di MRR2 dari arah Lotus Ampang menghala ke Hotel Flamingo.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semalam pada jam 5.35 petang, di mana ambulans dari arah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menghala ke Ulu Kelang.

Ambulans berkenaan memasang siren untuk penugasan kecemasan membawa pesakit dalam perjalanan dari HUKM menghala ke kediaman pesakit di Ulu Kelang,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) APJ 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran,” katanya.

Baca Juga:
‘Apa masalah dia ni?’ – Pemandu Toyota Camry halang laluan ambulans dikecam orang ramai
Tak bayar hutang ah long, kereta jiran pun kena simbah cat, siap tinggal nota ugutan
Hanya bermodalkan RM180, abang ni siapkan penyidai DIY paip PVC buat bini tersayang