Pemandu teksi berjalan kaki dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran KWSP

Photo of author

By Syima Iza

Pemandu teksi berjalan kaki dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran KWSP. Seorang pemandu teksi Noorazlan Ismail, 49, kini dalam misi berjalan kaki dari Johor Bahru ke Istana Negara, Kuala Lumpur, dalam usahanya menggesa kerajaan agar membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Ini kerja gila, saya tahu. Tapi demi keluarga dan anak-anak saya terpaksa lakukan,” kata Nororazlan ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini, yang sedang menuju ke Yong Peng, Batu Pahat, selepas memulakan misi tersebut pada malam semalam.

“Ini cara saya dan usaha demi menuntut kerajaan khususnya perdana menteri melihat kesusahan rakyat seperti saya.

Pemandu teksi berjalan kaki dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran KWSP

“Biar saya penat harungi perjalanan ini, ini perjuangan saya demi masa depan anak-anak,” katanya.

Noorazalan berkata, sebelum ini dia bekerja sebagai pemandu kepada seorang usahawan namun terpaksa berhenti kerja selepas perniagaan majikannya terjejas kerana pandemik Covid-19.

Katanya, susulan itu dia mula bekerja sebagai pemandu teksi untuk menyara lima anak yang masih menuntut.

Menurutnya, apa yang menekan hidupnya adalah keperluan menampung bebanan hutang.

“Kalau dengan memandu teksi hanya cukup untuk belanja keperluan harian, kenapa saya perlukan sangat duit KWSP ini untuk tutup lubang-lubang (hutang).

@putrifiraafandy PGIRM TELAH DAPAT MENGHUBUNGI EN NOORAZLAN DAN INGIN MENGHULURKAN BANTUAN,TETAPI BELIAU TEKAD UNTUK MENGAHABISKAN MISI BELIAU BERJALAN KAKI DARI JB KE ISTANA NEGARA KUALA LUMPUR.BELIAY TIDAK MAHU DIBANTU.KAMI TUNGGU BELIAU DI KUALA LUMPUR DAN SAMBUT BELIAU.IN SHAA ALLAH.DOAKAN. #kwspbersasar #bantahkwspbercagar #muhyidinyasin #anwaribrahim #muhyidinyasin #barisannasional #pakatanharapan #perikatannasional #kerajaanperpaduan #perikatanmalaysia #parlimenmalaysia #istananegara #luluskansegera #himpunanamankwspbersasar #rakyatyangtercicir #pgirmalaysia #ghrf #ppim #viral #fypシ #fyp #gerakanagendarakyat ♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

“Dengan kos sara hidup yang makin tinggi, perbelanjaan persekolahan anak-anak dan beban yang ada, saya tidak boleh berdiam diri.

“Biarlah saya teruskan berjalan hingga tiba pintu Istana Negara, apa yang akan jadi selepas itu saya serah pada Allah,” katanya tanpa menghuraikan butiran apa yang bakal dilakukannya selepas tiba nanti.

Sebelum ini pada 9 Feb lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak membenarkan pekerja sekali lagi mengeluarkan simpanan di KWSP.

Menurutnya, sebanyak 71 peratus pencarum KWSP aktif yang berumur 55 tahun ke bawah tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara di atas paras kemiskinan negara, susulan empat pengeluaran khas sebelum ini semasa wabak Covid-19 menular.

Justeru kata perdana menteri, pengeluaran tambahan tidak berjadual akan menyebabkan lebih banyak masalah kepada pencarum.

Sebaliknya, pada 9 Mac kerajaan mengumumkan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan orang ramai menggunakan wang caruman mereka sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Anwar berkata kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang ‘terdesak’.

Sementara itu, Noorazlan berkata, dia tidak meletakkan sasaran jangka masa tertentu yang akan diambil untuk tiba di destinasi berkenaan.

Sebaliknya, dia akan berjalan mengikut kemampuan kudratnya memandangkan dia bukanlah seorang yang selalu bersenam dan mempunyai stamina tinggi.

“Saya berjalan terus setakat larat, bila penat saya berhenti. Ada pengguna jalan raya mahu tumpangkan, tetapi saya tolak kerana misi saya adalah berjalan kaki.

“Doakan keselamatan dan kejayaan saya,” katanya yang bakal melalui perjalanan lebih 300 kilometer.

Baca Lagi:
Gelandangan 60 tahun ubahsuai jejantas jadi bilik peribadi, siap langsir bantal, tilam
Warga emas dakwa ditipu pasangan suami isteri, kad ATM ditukar, RM46,000 lesap dalam akaun bank
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh angkat sumpah Ketua Menteri Melaka esok?