Pemandu lori cuba rempuh orang awam minum dicekup polis

Pemandu lori cuba rempuh orang awam minum dicekup polis

Pemandu lori cuba rempuh orang awam minum dicekup polis. Polis menahan seorang pemandu lori dipercayai cuba merempuh orang awam yang sedang minum di meja bahagian luar sebuah kedai makan di Taman Permai 3, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, suspek lelaki berusia 46 tahun itu ditahan pada jam 8 malam, Ahad lalu.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam, Sabtu lalu dan suspek mengaku melakukan perbuatan mengundur lori yang dipandu dengan cuba merempuh seorang penunggang motosikal di lokasi kejadian seperti dirakam di dalam video tular.

Pemandu lori cuba rempuh orang awam minum dicekup polis

“Ia berpunca daripada pertengkaran kecil dan rasa tidak puas hati terhadap penunggang motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun Nanda berkata, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

“Saringan awal ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati keputusannya negatif.

“Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ) akan dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan pemandu lori itu diburu kerana cuba merempuh orang awam di lokasi kejadian.

Menerusi satu rakaman yang tular, suspek yang berada di dalam sebuah lori dilihat bertekak dengan pelanggan yang duduk di tepi jalan di bahagian luar restoran.

Dia kemudian terus memandu lori itu, namun berhenti dan mengundurkan semula kenderaan sehingga merempuh kerusi dan meja menyebabkan pelanggan terkejut, namun tiada mangsa cedera.

Baca Lagi:

Duit dalam tabung tin mereput dan hancur, niat menabung lebur macam tu saja

Duda tunjuk kemaluan atas motor kepada wanita di cekup polis

Penunggang motosikal tercampak atas kubur selepas rempuh kereta

CATEGORIES