Pemandu Grab maut dihempap kereta ketika servis kereta sendiri

Pemandu Grab maut dihempap kereta ketika servis kereta sendiri

Pemandu Grab maut dihempap kereta ketika servis kereta sendiri. Seorang pemandu Grab maut selepas dihempap kereta miliknya ketika melakukan servis di Blok B, Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Presint 5, di sini hari ini.

Mangsa, Mohammad Azim Mohd Sanusi, 30, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata hasil soal siasat ke atas isteri mangsa menyatakan ketika kejadian suaminya sedang melakukan servis menukar minyak hitam dan menukar brek tayar hadapan sebelah kanan.

Pemandu Grab maut dihempap kereta ketika servis kereta sendiri

Beliau berkata polis menerima laporan pada 11.48 pagi dari orang awam menyatakan seorang lelaki tersepit di bawah kenderaan dan polis tiba di lokasi kejadian pada 12 tengah hari.

Menurutnya, ketika polis tiba mayat mangsa yang berada di bawah bahagian enjin kereta jenis Perodua Bezza sudah dikeluarkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa dan siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah,” katanya melalui satu kenyataan.

Asmadi berkata, mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Katanya, pihak Forensik Hospital Putrajaya juga telah mengambil ujian saringan COVID-19 dan bedah siasat dijangka diadakan pagi esok.

“Rakaman percakapan isteri mangsa juga telah diambil dan keluarga mangsa juga telah dihubungi bagi memaklumkan kejadian,” katanya.

Baca Lagi:
Cuti sekolah dah bermula! Ini senarai Theme Park, Water Park untuk bawa keluarga bercuti
Cermin kereta pecah? Ini 8 cara untuk gantikan cermin baru dengan percuma
Nenek obses warna hijau lebih 20 tahun
CATEGORIES