Pemandu bas pegang payung ketika memandu jadi perdebatan netizen

Photo of author

By Syima Iza

Pemandu bas pegang payung ketika memandu jadi perdebatan netizen.

Seorang pemandu bas terpaksa menggunakan payung ketika memandu gara-gara bumbung bas bocor.

Menerusi video yang tular, pemandu itu dilihat memandu bas menggunakan tangan kanan sambil memegang payung kuning di tangan kiri bagi melindungi diri daripada hujan.

Pemandu bas pegang payung ketika memandu jadi perdebatan netizen

Dilaporkan, insiden itu berlaku di daerah Gadchiroli di Maharashtra, India.

Keadaan itu mencetuskan perdebatan mengenai keadaan bas awam yang rosak di negeri itu, terutama di depoh Aheri.

Pengurus depoh bas Aheri, Chandrabhushan Ghagargunde berkata, pihaknya menerima makluman mengenai video tular itu dan menyiasat insiden tersebut.

Bagaimanapun, plat pendaftaran dan muka pemandu tidak jelas kelihatan dalam video itu, menyukarkan pengecaman kenderaan tersebut serta pemandunya.

Baca Lagi:
Ramai tak perasan kemunculan label MyKasih di pasar raya, ini tujuan sebenar yang ramai tak tahu
Lelaki penghantar makanan dakwa dicabul lelaki 57 tahun, pegang kemaluan dan cium pipi semasa hantar pesanan makanan
Tak pernah terpikir kenapa keris direka bengkok, rupanya ini sejarah Malayu yang ramai tak pernah dengar