Pemandu bas bengang penumpang tinggalkan ‘spender bergulung’ dalam bas

Pemandu bas bengang penumpang tinggalkan ‘spender bergulung’ dalam bas

Sebagai penumpang, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kemudahan dan harta benda bersama.

Ini kerana kemudahan yang sedia ada bukan hanya untuk kita, tetapi juga untuk penumpang lain yang akan menggunakannya.

Namun, kini kita sering melihat individu tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda awam sehingga ia tidak boleh digunakan lagi.

Pemandu bas bengang penumpang tinggalkan 'spender bergulung' dalam bas

Bukan setakat itu, kebersihan di dalam kenderaan awam juga tidak dijaga dengan baik dan sampah dibuang merata-rata.

Tular sebuah video di laman X apabila seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dan jijiknya selepas melihat sikap penumpang yang menaiki basnya. Merosakkan kemudahan dan meninggalkan seluar dalam.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi keadaan di dalam basnya selepas semua penumpang turun.

Dia meluahkan rasa kecewanya melihat sikap penumpang bas tersebut yang telah merosakkan kemudahan awam.

Malah, ada juga yang telah meninggalkan seluar dalam mereka di bawah tempat duduk sehingga membuatkan dia jijik.

Baca Juga:
Budak berswafoto dengan Ronaldo dibebaskan, rupanya beritahu bapa mahu ke tandas
Misteri kehilangan pelajar sejak sebulan terjawab, rangka manusia ditemui tepi tebing jalan Yong Peng
Ular sawa batik berat 90 kilo sedang mengeram puluhan biji telur ditangkap
CATEGORIES