Pemandu Axia maut, kereta leper macam ‘pancake’ dihempap lori simen

Photo of author

By Syima Iza

Takziah diucapkan

Pemandu Axia Maut, Kereta Leper Dihempap Lori Simen Di Jalan Roban. Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya dihempap sebuah lori simen di Kilometer 1 Jalan Roban-Kabong, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Saratok, Asisten Superintendan Entali Jingan, berkata mangsa, Hazman Wahab, 36, berasal dari Jalan Sentosa Salim, Sibu.

Beliau menyatakan kejadian berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Kabong menuju ke Sibu, manakala lori simen datang dari arah Pusa menuju ke tapak pembinaan Jambatan Kaba Sungai Krian.

Pemandu Axia maut, kereta leper macam 'pancake' dihempap lori simen

“Siasatan awal di lokasi mendapati kedua-dua kenderaan menggunakan Jalan Negeri dari arah bertentangan. Tayar belakang sebelah kanan lori simen tiba-tiba pecah menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu menghempap Axia sebelum terbabas dan menggelongsor ke sebelah kanan jalan secara menyenget.

“Impak insiden tersebut menyebabkan pemandu Axia tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Roban,” katanya kepada Suara Sarawak.

Tambahnya, kemalangan yang berlaku sekitar jam 11.30 pagi itu menyebabkan Axia berwarna putih remuk dan mengalami kerosakan teruk pada keseluruhan bahagian.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca Juga:
Penduduk kampung gempar ular berkepala dua tanpa ekor ditemui di dalam rumah
Guru besar ‘kantoi’ curang, dicekup suami berdua-duan dengan guru lelaki dalam bilik
Anak derhaka tergamak tampar dan seret ibu kandung yang lumpuh, menantu siap rakam video