Pemain bola sepak negara belasah teman wanita sampai trauma.
Teman wanita bekas pemain bola sepak kebangsaan mendakwa dirinya dicederakan oleh kekasihnya di sebuah hotel, di daerah ini, baru-baru ini.
Pendedahan tersebut dibuat oleh seorang wanita di akaun Instagram, yang memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan tangannya cedera dipercayai akibat pergelutan dengan teman lelakinya itu.
Dalam hantaran tersebut, wanita itu turut memaklumkan satu laporan polis sudah dibuat selepas mengalami kecederaan dipukul pemain pasukan bola sepak Liga Malaysia itu.
“Didera oleh lelaki yang saya cintai, dulu berjanji setia selamanya sehingga tua, tetapi akhirnya..
“Terkadang wanita boleh jadi bodoh dengan (orang) yang dia sayang, berdiam dan bertahan. Sekarang saya fobia dan trauma,” katanya menerusi hantaran Instagram
View this post on Instagram
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung laporan yang diterimanya itu dalam masa terdekat.