Pemain badminton negara gemuruh akad nikah sampai hidung berdarah

Pemain badminton negara gemuruh akad nikah sampai hidung berdarah

Pemain badminton negara gemuruh akad nikah sampai hidung berdarah.

Pemain badminton beregu negara, Nur Izzuddin selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Mawar Mutiara, semalam.

Pasangan itu dinikah oleh jurunikah yang dilantik dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Abdul Razak.

Menerusi satu perkongsian di Instagram salah seorang rakan Izzuddin, berlaku satu kejadian yang melucukan apabila hidung pengantin lelaki berdarah disebabkan terlalu gemuruh semasa akad nikah.

Pemain badminton negara gemuruh akad nikah sampai hidung berdarah

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata pengguna mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai.

“Tahniah pengantin! Gemuruh sangat sampai berdarah hidung,” kata Fatin.

“Lucu pula hidung berdarah masa nikah, harap pengantin tenang-tenang masa bersanding nanti. Apa pun tahniah!,” ucap Noor.

“Wahh 25 baru umur dia muda lagi jodoh awal. Selamat pengantin baru,” kata Hafiez.

Sebelum ini, pemain badminton berusia 25 tahun itu menjadi bualan ramai sehingga tular dalam media sosial.

Baca Lagi:
“Tiada dalam keturunan kami yang pergi tempat judi” – Ibu Ameera Khan selar pihak menuduh anaknya berjudi lumba kuda
Selepas tular video penumpang kejar bas kena tinggal sebab lewat 1 minit, Mara Liner tampil mohon maaf
Lelaki panik bilik air rumah ibunya bercahaya keluar dari batang paip
CATEGORIES