
Pelik tapi benar, pemandu Myvi ini guna kad ucapan setiap kali tukar lorong
Pelik tapi benar, pemandu Myvi ini guna kad ucapan setiap kali tukar lorong. Memotong atau menukar lorong adalah salah satu gerakan yang mungkin mencabar bagi pemandu, dan ia selalunya boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini jika dilakukan secara tidak betul.
Walaupun tidak wajib untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi laluan, pemandu Myvi ini bertindak bijak dengan menghulurkan kad ucapansetiap kali dia memotong lorong.
Menerusi video yang tular dari laman Facebook We are Malaysians, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dilihat mahu menukar lorong dan ditayangkan satu kad tertulis “Please, Mohon laluan.”
Selepas berjaya menukar lorong, pengguna Myvi itu kemudian memutar kad pada arah bertentangan yang tertulis “Thank You”, sebagai tanda terima kasih kerana membenarkannya menukar lorong.