Pelik hanya lelaki sahaja di masjid, wanita dari Maghribi terkejut kaum wanita di Malaysia tidak solat jumaat

Photo of author

By Syima Iza

Pelik hanya lelaki sahaja di masjid, wanita dari Maghribi terkejut kaum wanita di Malaysia tidak solat jumaat.

Wanita Islam diharuskan menunaikan solat Jumaat, namun kekurangan ruang di masjid menyebabkan keutamaan diberikan kepada kaum lelaki kerana solat tersebut adalah wajib bagi mereka.

Solat Jumaat merupakan ibadah yang diwajibkan ke atas Muslimin. Namun begitu, di beberapa negara Islam, masih terdapat budaya di mana kaum wanita turut menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di masjid.

Pelik hanya lelaki sahaja di masjid, wanita dari Maghribi terkejut kaum wanita di Malaysia tidak solat jumaat

Baru-baru ini, seorang wanita dari luar negara mengalami kejutan budaya pertama kalinya di Malaysia apabila ingin menunaikan solat Jumaat di masjid.

Melalui TikTok (@thedigitalnomaddairy), wanita itu berkongsi bahawa di tanah airnya dan negara-negara Islam lain yang pernah dikunjunginya, sudah menjadi kebiasaannya untuk menunaikan solat Jumaat setiap minggu.

Wanita yang berasal dari Maghribi itu beranggapan bahawa dia boleh hadir ke mana-mana masjid di Malaysia untuk menunaikan solat Jumaat di ruangan wanita.

Pelik Hanya Lelaki di Masjid Ketika Solat Jumaat
Namun begitu, setibanya di sebuah masjid, dia mendapati ia dipenuhi oleh lelaki sahaja, tanpa kehadiran seorang pun wanita.

Melihat papan tanda tempat wuduk wanita, dia beranggapan bahawa dia belum menjumpai ruangan solat wanita. Dia meminta bantuan orang ramai untuk menunjukkan lokasi tersebut. Akan tetapi, ruangan itu juga dipenuhi kaum lelaki, menyebabkan dia berasa sangat malu.

Akhirnya, beberapa pemuda cuba membantunya ke ruangan solat wanita. Namun, lokasi yang ditunjukkan sama seperti sebelumnya.

“Bilik Solat Wanita Terlalu Kecil”

Berdasarkan penjelasannya, dia dibawa ke sebuah bilik kecil berhampiran ruangan solat wanita. Walaupun dia telah melalui bilik itu beberapa kali, dia tidak menyangka ia adalah tempat solat wanita kerana terdapat lelaki bersiap solat di hadapan bilik itu.

Dia juga menyatakan bahawa bilik tersebut terlalu kecil, hanya boleh memuatkan lima orang sahaja. Melalui gambar yang dimuat naik, bilik tersebut lebih menyerupai bilik persalinan dan tempat menyimpan telekung.

Rata-Rata Muslimah di Malaysia Tidak Tunaikan Solat Jumaat
Sementara menunggu khutbah, wanita tersebut melakukan carian mengenai solat Jumaat wanita di Malaysia. Ketika itulah dia mengetahui bahawa para Muslimah di Malaysia tidak diwajibkan solat Jumaat, sebaliknya hanya solat fardu Zohor.

Dia bertanya kepada orang ramai mengenai masjid di Kuala Lumpur yang mempunyai ruangan solat wanita untuk solat Jumaat dan tarawih. Beberapa individu menerangkan bahawa ruangan solat wanita tidak dibuka kepada lelaki ketika solat Jumaat kerana kekurangan ruang yang menyebabkan mereka terpaksa solat di luar atau di atas jalan.

Namun, solat tarawih boleh dilakukan di mana-mana masjid kerana ruang solat wanita biasanya disediakan. Beberapa individu mencadangkan masjid seperti Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, dan sebuah masjid di Putrajaya sebagai tempat yang menyediakan ruang untuk wanita menunaikan solat Jumaat.

Hukum Wanita Solat Jumaat

Memandangkan Muslimah di Malaysia tidak mengamalkan solat Jumaat, timbul persoalan mengenai hukum wanita menunaikan ibadah tersebut.

Menurut wanita Maghribi itu, dia sering menunaikan solat Jumaat ketika melawat negara-negara lain di Afrika Utara dan Timur Tengah.

Pelik hanya lelaki sahaja di masjid, wanita dari Maghribi terkejut kaum wanita di Malaysia tidak solat jumaat

Namun, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, solat Jumaat tidak diwajibkan ke atas wanita berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Tariq bin Shihab R.A. Rasulullah S.A.W bersabda:

الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةً عَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَوِ امْرَأَةٌ أَوْ صَبِيٌّ أَوْ مَرِيضٌ

Maksudnya: “(Solat) Jumaat adalah hak yang wajib ke atas setiap Muslim secara berjemaah melainkan empat orang: Hamba, wanita, kanak-kanak, atau orang yang sakit.” (Riwayat Abu Daud, 1067).

Pelik hanya lelaki sahaja di masjid, wanita dari Maghribi terkejut kaum wanita di Malaysia tidak solat jumaat

Kewajipan menunaikan solat Jumaat tidak dikenakan ke atas wanita kerana kesibukan menjaga anak dan urusan rumah tangga yang mungkin menyulitkan mereka jika diwajibkan ke masjid pada waktu tertentu.

Namun begitu, wanita tidak dilarang menghadiri solat Jumaat. Hadis Riwayat Muslim (442) menerangkan:

لاَ تَمْنَعُوْا إِمَاءَ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ

Maksudnya: “Janganlah kamu menghalang hamba-hamba perempuan Allah daripada masjid-masjid Allah.”

Oleh itu, hukum wanita menunaikan solat Jumaat adalah harus. Seperti lelaki, wanita yang menunaikan solat Jumaat tidak perlu lagi solat Zohor kerana solat Jumaat yang sah telah menggugurkan kewajipan tersebut.

Dalam masa yang sama, wanita harus mematuhi syarat-syarat ketika hadir ke masjid, seperti tidak memakai wangi-wangian dan perhiasan.

Baca Juga:
Kecewa tapi dapat duit, peguam ini dedah cara mudah saman tunang yang batalkan majlis kahwin
Penduduk kampung kejar pocong bertenggek atas pokok kelapa
“Saya rasa hampir tiga kali macam nak hilang nyawa” – Lelaki mengembara hampir 25 negara hanya dengan Perodua Kelisa