Pelayan restoran maut selepas alih bungkusan misteri atas kereta

Pelayan restoran maut selepas alih bungkusan misteri atas kereta

Pelayan restoran maut selepas alih bungkusan misteri atas kereta. Seorang pelayan di sebuah restoran di Pandan Indah, Kuala Lumpur terkorban dalam insiden letupan pada Khamis malam.

Ketika kejadian pada kira-kira pukul 8.50 malam itu, pelayan restoran berkenaan difahamkan sedang cuba memeriksa bungkusan mencurigakan yang ditinggalkan di atas kereta miliknya jenis Toyota Corolla Altis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata mangsa berusia 28 tahun dilaporkan mengalihkan bungkusan terbabit selepas dimaklumkan rakan sekerja mengenai bungkusan itu.

Pelayan restoran maut selepas alih bungkusan misteri atas kereta

“Ketika dia sedang memeriksa bungkusan itu, letupan berlaku. Kami percaya ia berpunca daripada bungkusan tersebut.

“Letupan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada tubuh badan dan tangan.

“Susulan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang oleh orang awam, namun disahkan meninggal dunia pada pukul 9.45 malam ketika sedang menerima rawatan,” katanya.

Mohamad Farouk juga memaklumkan pihaknya menemui beberapa objek dipercayai bahan letupan yang digunakan berhampiran lokasi kejadian dan sedang menyiasat perkara berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah bunuh.

Baca Lagi:
Wanita kena ‚Äėsound‚Äô lipat kain baju depan mesin pengering
Isteri mengidam punya pasal, suami sampai melutut depan kedai
Lelaki paling bertuah dalam dunia, 7 kali terselamat kemalangan ngeri
CATEGORIES