Pelanggan wanita bawa bakul besar berisi duit syiling beli 7 cincin emas

Pelanggan wanita bawa bakul besar berisi duit syiling beli 7 cincin emas

Pelanggan wanita bawa bakul besar berisi duit syiling beli 7 cincin emas. Sebuah klip video tular di media sosial Thailand memaparkan situasi seorang pelanggan wanita mengunjungi sebuah kedai emas dengan membawa wang syiling, lapor laman berita Khaosod.

Pemilik kedai emas yang terletak di wilayah Maha Sarakham, Tangmo Konkrakkwai berkata, seorang pelanggan menghubunginya pada 26 Februari lalu dan bertanya sama ada kedai itu menerima duit syiling jika dia ingin membeli emas.

Tangmo menjawab bahawa pihaknya menerima pembayaran melalui syiling tetapi tidak menyangka ia adalah menjadi sebanyak itu.

Pelanggan wanita bawa bakul besar berisi duit syiling beli 7 cincin emas

Apabila melihat seorang pelanggan datang membawa bakul biru besar yang dipenuhi wang syiling, Tangmo terkejut dan meminta izin untuk merakam kejadian itu.

Pelanggan itu berkata, dia berasal dari bandar Roi Et dan merupakan pemilik sebuah kedai dobi automatik. Oleh itu, dia mempunyai banyak wang syiling.

Tangmo kemudian meminta lima pekerjanya untuk mengira syiling tersebut dan tidak mengenakan bayaran untuk tugas pengiraan.

Pelanggan itu kemudian membeli tujuh bentuk cincin emas dan menerima diskaun selain hadiah sagu hati berupa topi.

Baca Lagi:
Bapa larikan menantu setelah jatuh cinta, tinggalkan anak dan cucu
Pertandingan termenung selama 90 minit, pemenang dapat hadiah RM288
Aksi pakcik tersasul sebut pusat pemindahan jadi pusat pemulihan undang rasa gelihati netizen
CATEGORIES