Pelanggan terkejut, nasi putih RM2.50 sepinggan, sup tulang RM19

Pelanggan terkejut, nasi putih RM2.50 sepinggan, sup tulang RM19

Pelanggan terkejut, nasi putih RM2.50 sepinggan, sup tulang RM19.

Seorang pelanggan meluahkan rasa terkejut apabila dikenakan caj RM2.50 bagi sepinggan nasi putih di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Perkara itu didedahkan pelanggan terbabit menerusi aplikasi X yang menyifatkan harga tersebut terlalu mahal ketika menerima resit bayaran untuk makanan yang diambil.

Pelanggan terkejut, nasi putih RM2.50 sepinggan, sup tulang RM19

“Harga nasi putih RM2.50, jangan normalisasikan semua benda nak naik harga. Ada pula yang boleh cakap ‘biasa la sekarang semua barang mahal’.
“Cuba periksa kalau yang meniaga ini guna barang subsidi ke tidak? Paling utama siapa tuan kedai, warga tempatan atau warga asing,” soalnya.

Selain nasi putih, antara harga makanan lain yang turut menarik perhatian adalah sup tulang yang mencecah RM19.

“Paling aku benci baca ayat ‘kena terima hakikat, terima kenyataan’. Masalahnya peniaga itu betul jujur ke sebab kebanyakan peniaga banyak yang ambil kesempatan,” ujar Azman.

“(Mak aih) cekik darah betul, meja pun calar-balar nak can harga kafe, harga sup tulang pun RM19 memang gila,” ujar Kalima.

Baca Lagi:
Tak sampai 2 jam tiket konsert Siti Nurhaliza ‘sold out’, pecah rekod Ella!
Restoran Seafood jual sotong manis harga RM50 seekor kena serbu
Selepas tular sotong manis dijual harga RM50, pemilik restoran tampil beri penjelasan
CATEGORIES